Page 6 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 6
JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
JILID 6/2021
KESAHAN INSTRUMEN KEFASIHAN DIGITAL GURU
MENGGUNAKAN UJIAN PRA
1 Ahmad Shidki Mat Yusoff, Fahmi Zaidi Abdul Razak, Fan Siong Peng
3
2
5
4 Hazram Ismail, Suhaili Mohd Yusoff, Norsita Ali & Norhannan Ramli
6
7
1,3,4,5 IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
2 Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
6,7 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya
shidki@ipgmksm.edu.my
ABSTRAK
Latihan guru dalam persekitaran digital merupakan antara kecekapan utama
yang diperlukan oleh warga dunia pada hari ini dan hubungannya sangat
berkait rapat dengan kualiti pendidikan pada abad ke-21. Laporan Suruhanjaya
Eropah menjelaskan bahawa guru perlu mengetahui pelbagai pendekatan
pedagogi untuk memanfaatkan ICT dan menyokong pengembangan kemahiran
belajar abad ke-21. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad 21 mesti
disertakan dalam pendidikan guru. Terdapat kata sepakat daripada sarjana
yang mengatakan bahawa guru mesti menyediakan pelajar dengan kandungan
pembelajaran dengan cara yang menyokong pengembangan kemahiran abad ke-
21. Secara praktikalnya perbincangan yang berkaitan teknologi digital dapat
meningkatkan pemahaman pemegang taruh tentang usaha meningkatkan
penggunaan digital di Malaysia terutamanya dalam kalangan guru. Penggunaan
digital yang lemah akan memberi kesan kepada penggunaan yang tidak optimun
dan seterusnya menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi. Dalam
menentukan ketepatan penggunaan digital, pengukuran terhadap konsep digital
juga harus spesifik dan menumpu. Walaupun konsep literasi digital dan
kefasihan maklumat atau teknologi sudah biasa digunakan bagi mewakili
penggunaan digital namun masih berbentuk umum. Satu konsep utama yang
harus diambil kira dalam melibatkan digital adalah 'kefasihan digital' yang
memperluaskan kerangka kefasihan teknologi maklumat sebelumnya, dengan
merangka kefasihan dalam perspektif berorientasikan praktik dan bukannya
data, maklumat, atau berpusatkan perspektif pengetahuan semata-mata. Justeru
terdapat keperluan pengukuran pemahaman dan kepercayaan yang lebih baik
terhadap penggunaan teknologi digital masa kini. Kajian ini bertujuan
menentukan kesahan kandungan dengan membuat pengujian ujian pra terhadap
pemboleh ubah kefasihan digital termasuk semua dimensi yang berkaitan.
Kata Kunci: pendidikan, kompetensi, digital, guru, pengukuran kesahan, ujian
pra.
1

