Page 10 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 10

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                OBJEKTIF KAJIAN

                Selaras dengan perubahan itu, Siddiq et al. (2016), mencadangkan pengukuran
                konsep baharu boleh digunakan untuk menguji dimensi komunikasi digital,
                kolaborasi, keselamatan, dan penyelesaian masalah dengan lebih tepat. Oleh itu,
                objektif utama kajian untuk menguji konsep kefasihan digital guru menerusi
                ujian kesahan pra melibatkan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Dapatan
                yang diperolehi sekurang-kurangnya dapat menyokong pelaporan digital guru
                pelatih secara lebih tepat, dan seterusnya dapat memperkayakan instrumen dalam
                bidang Pendidikan di Malaysia.


                PERSOALAN KAJIAN

                Persoalan utama kajian adalah apakah ujian kesahan menggunakan teknik ujian
                pra kognitif dan ujian pra informal dapat membantu pengukuran konsep
                kefasihan digital guru?.


                METODOLOGI

                Kajian ini merupakan kajian tinjuan yang menggunakan kaedah soal selidik. Soal
                selidik 21 item dikembangkan untuk kajian ini, dan sesuai dengan literatur yang
                ada di bidang  Infomatic System. Pemboleh ubah diukur menggunakan Skala
                Likert 5-mata, dengan 5 adalah 'Sangat Setuju' dan 1  ‘Sangat Tidak Setuju’.
                Oleh kerana responden adalah penutur bahasa Melayu, maka sangat penting agar
                soal selidik diterjemahkan dengan tepat dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
                Oleh  itu  terjemahan  balik    (back translation) dilakukan, prosedur yang
                digunakan secara meluas untuk menguji ketepatan terjemahan dalam  tinjauan
                silang budaya (Brislin, 1970). Instrumen yang disahkan diadaptasi dari kajian
                sebelumnya yang berkaitan untuk mengukur pemboleh ubah kajian ini seperti
                yang ditunjukkan dalam Lampiran A.

                Berkenaan dengan jumlah item untuk setiap konstruk,  kajian  ini mengikuti
                saranan Hayduk dan Littvay (2012), yang mencadangkan penggunaan beberapa
                item adalah terbaik, dan  item yang sedikit, kurang terjamin kerana berlakunya
                pentindanan antara item serta menyebabkan tiada manfaat yang diperolehi.
                Pengumpulan  data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang
                dihantar secara 'langsung' dari Jun hingga Julai 2021 kepada pelajar Program
                Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Tahun Pertama yang terlibat dalam
                pembelajaran dalam talian di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.
                Sebanyak 107 borang soal selidik dikembalikan untuk dianalisis.  Saiz sampel
                akhir dianggap mencukupi (Krejcie & Morgan, 1970; Tabachnick & Fidell,
                2012).


                                                                                      5
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15