Page 8 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM 2021
P. 8

JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK IPGM
                                                                             JILID 6/2021




                Latar Belakang Kajian

                PKP  1.0,  2.0  dan  3.0  telah  menukar  struktur  pembelajaran  yang berpaksikan
                guru-murid secara langsung kepada kaedah pembelajaran secara dalam talian
                seperti  Google  Classroom, Google Meet, Zoom Cloud Meeting  dan  lain-lain.
                Dalam era pendigitalan, guru dan murid terpaksa keluar daripada keadaan biasa,
                iaitu dengan mengubah normal dan keadah pengajaran dan pembelajaran seperti
                kebiasaan sebelum ini. Perubahan bergerak pantas dalam era digital pada abad-
                21 yang menunjukkan bahawa setiap guru perlu mempunyai kompetensi digital
                untuk bersaing di peringkat global.

                Kajian Literatur
                Salah satu pemboleh ubah yang popular dan merupakan kompenan utama dalam
                kompetensi digital ialah  kefasihan digital. Guru yang mempunyai ''kefasihan
                digital'' dapat meningkatkan kemampuan    menyelesaikan masalah mereka
                sebagai prasyarat untuk mengejar karier, berdamping dalam masyarakat, dan
                mengekalkan  pembelajaran sepanjang hayat menggunakan teknologi digital
                (Resnick, 2002).  Mengikut pandangan  Chou & Chiu (2020), walaupun istilah
                “kefasihan digital,”  '' literasi digital, '' dan '' kefasihan maklumat '' sudah biasa
                bagi pelajar dan guru, definisi ''kefasihan digital'' harus didefinisikan dengan
                tepat untuk menjelaskan maksud digital pembelajaran teknologi. Definisi
                kefasihan digital adalah berkaitan dengan fenomena pelajar dalam
                menyelesaikan masalah kehidupan sebenar   (Kim  et al., 2013)  dan secara
                konsisten mencapai hasil yang diinginkan melalui penggunaan teknologi digital
                (Briggs & Makice, 2012).

                Dalam mendefinisikan corak penggunaan dan hubungan baharu di antara pelajar,
                peranti individu, maklumat informasi dan masyarakat dilihat sebagai satu
                hubungan secara keseluruhan. Hal ini menimbulkan minat yang mendalam dalam
                kalangan pendidik, penyelidik dan pemaju teknologi.  Wang et al.  (2012),
                mencadangkan bahawa satu konsep utama yang harus diambil kira dalam
                melibatkan digital adalah 'kefasihan digital'.  his (2007),  berpendapat bahawa
                makna kefasihan digital itu sendiri telah memperluaskan kerangka kefasihan
                teknologi maklumat sebelumnya, dengan merangka kefasihan sebagai "membina
                amalan perwakilan baharu, kepekaan reka bentuk, pemilikan, dan kepakaran
                strategik yang diperoleh, mengambil perspektif berorientasikan praktik dan
                bukannya data, maklumat, atau berpusatkan perspektif pengetahuan semata-
                mata.  Oleh  yang demikian, hal ini bertentangan dengan  definisi ‘literasi
                komputer’ atau 'kefasihan teknologi' yang biasanya "dikaitkan dengan
                penguasaan kemahiran komputer, manipulasi data elektronik dan aplikasi, dan
                penilaian kemahiran tersebut untuk tujuan penyediaan tenaga kerja.





                                                                                      3
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13