Page 12 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 12

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Cetusan  idea  JarGo  ini  adalah  asli  kerana  belum  terdapat  permainan
                        berkonsep  sedemikian  di  pasaran  kad  permainan  mahu  pun  bahan  bantu
                        mengajar di negara kita.  Cara bermain JarGo pada asasnya sama seperti
                        Bingo iaitu guru bertindak sabagai pembaca nombor dan murid-murid sebagai
                        pemain. Berbeza dengan kad-kad Bingo yang hanya mengandungi nombor,
                        kad-kad JarGo mempunyai fakta, kejadian, nama atau tempat yang hendak
                        dipelajari.

                        PENGGUNAAN

                        Projek ini telah disebarluas ke:

                          i.   IPG Kampus Kent
                           -  Pendedahan kepada siswa guru opsyen TESL (Elektif Sejarah).

                          ii.   sebuah sekolah rendah kebangsaan gred B kategori luar bandar dalam
                               daerah Tuaran
                           -  digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun Enam
                               bertajuk “Negara Malaysia” selama 1 jam.

                         iii.   sebuah sekolah rendah kebangsaan gred A kategori luar bandar dalam
                               daerah Tuaran
                           -  digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tahun Empat
                               bertajuk “Zaman Prasejarah” selama 1 jam.

                         iv.   IPG Kampus Ilmu Khas
                           -  pendedahan kepada pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.

                        Keberkesanan  projek  dikumpul  melalui  soal  selidik.  Hasil  analisis
                        menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah
                        dalam  aspek  elemen  asas  sejarah,  murid-murid  berasa  seronok,
                        menggalakkan pembelajaran aktif dan memberi keseronokan belajar kepada
                        murid.

                         Bukti Penggunaan


















                                      Rajah 1: Contoh komen guru sejarah terhadap murid


                                                                3
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17