Page 13 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 13
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Dalam refleksi pengajaran guru (Rajah 1), kebanyakan kaedah yang dipilih
ialah chalk and talk. Kaedah ini menyebabkan murid pasif dan tidak fokus
semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti berbual, membuat kerja
mata pelajaran lain dan terdapat juga murid yang tidur. Oleh itu satu
permainan pendidikan iaitu JarGo diperkenalkan untuk membantu murid
belajar Sejarah. Rajah 2 menunjukkan kepuasan dan minat murid terhadap
mata pelajaran Sejarah dapat ditingkatkan.
Rajah 2: Contoh maklum balas murid Sejarah Tahun 6 terhadap
Permainan JarGo
IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID
Apabila JarGo digunakan, suasana kelas amat memberangsangkan. Murid-
murid terlalu asyik dalam bermain. Keseronokan terukir di wajah mereka.
Mereka dapat menumpukan perhatian untuk tempoh masa lebih panjang dan
menunggu giliran dipanggil.
Setelah mengenal pasti elemen asas sejarah sesuatu peristiwa lepas, murid-
murid diminta menceritakan peristiwa berkenaan menggunakan kreativiti
sendiri. Ini dapat mencabar pemikiran aras tinggi mereka. Murid-murid perlu
kreatif dan kritis dalam aktivitI begini. Di samping itu, murid-murid dapat
menyusun urutan elemen asas sejarah dan menceritakan dengan penuh
perasaan, berintonasi dan lebih holistik. Ini menunjukkan pembelajaran aktif
berlaku. Penggunaan JarGo telah meningkatkan tahap kepuasan guru dan
murid, dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) melibatkan pelbagai kemahiran seperti
penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kreatif dan kerja berpasukan.
Projek ini dapat memupuk kesemua aspek IR 4.0 tersebut. Dalam
menyelesaian masalah sejarah berkaitan peristiwa lepas, murid bekerja
dalam pasukan bertiga, berfikir secara kritis tentang elemen asas sejarah
(peristiwa, tokoh, tempat, tarikh/masa). Kecerdasan emosi bersabar dan
bertolak ansur diamalkan semasa bermain untuk memastikan permainan
berjalan lancar.
4

