Page 14 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 14

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Sebelum projek ini, suasana pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah
                        membosankan.    Murid-murid  tidak  menumpukan  perhatian,  ada  yang
                        meniarap di atas meja, ada yang bercakap-cakap, dan ada yang tidak dapat
                        menjawab  dengan  lengkap  soalan  berkaitan  peristiwa  lepas.  Selepas
                        penggunaan  JarGo,  murid-murid  terlibat  aktif  dan  menumpukan  perhatian
                        sepenuhnya sepanjang pengajaran dan pembelajaran menggunakan JarGo.
                        Mereka dapat menjawab soalan sejarah secara holistik. Murid-murid menjadi
                        lebih berminat terhadap Sejarah. Pembelajaran sejarah menjadi seronok dan
                        bermakna.  Setiap  kali  setelah  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  sejarah
                        menggunakan JarGo, murid-murid bertanya adakah kelas sejarah seterusnya
                        akan menggunakan JarGo.

                        Penggunaan JarGo telah dapat meningkatkan pencapaian murid-murid. Ini
                        menjadi  daya  dorongan  kepada  mereka  untuk  terus  berusaha.  Mereka
                        menjadi lebih yakin dengan mata pelajaran ini. Kemahiran sosial mendengar,
                        bertutur dan berbincang juga meningkat. Pada mulanya, oleh kerana terlalu
                        asyik, murid-murid berteriak kuat untuk jawapan perkataan yang ditanyakan.
                        Setelah  beberapa  kali  diingatkan  guru,  mereka  telah  berjaya  menghindari
                        sikap ini. Mereka menjadi lebih bersopan semasa bercakap, sedia mendengar
                        pendapat  orang  lain  dan  berupaya  mengemukakan  pandangan  terhadap
                        peristiwa sejarah dengan lebih teratur. JarGo juga dapat memupuk kemahiran
                        memimpin semasa kerja berpasukan.


                         Bukti Penggunaan


                                  Markah              Ujian Awal                Ujian Akhir
                                                  (bilangan murid)          (bilangan murid)
                                0 - 20                    15                         0
                                21 – 40                    8                         0
                                41 – 60                    4                         10
                                61 – 80                    4                         6
                                81 - 100                   9                         24

                                            Jadual 1: Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir











                                                                5
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19