Page 180 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 180

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Objektif projek

                         i.  Memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan topik Haji dan
                             Umrah.

                         ii.  Membantu pelajar memahami topik Haji dan Umrah dalam bentuk yang
                             lain  daripada  kebiasaan  yang  dilakukan  oleh  guru-guru  yang  boleh
                             diakses secara online.

                        iii.  Memberi kefahaman yang mantap tentang konsep Haji dan Umrah dan
                             dapat menyelesaikan permasalahan dengan lebih cepat dan mudah.

                        iv.  Memberi gambaran yang jelas tentang Haji dan Umrah secara maya.

                         v.  Menarik  minat  murid  untuk  terus  mendalami  topik  Pendidikan  Islam
                             terutamanya bagi topik Haji dan Umrah.


                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Bagi  menyelesaikan  masalah  PdPc  haji  maka  pendekatan  pembelajaran
                        imersif maya melalui Eazee Hajj dilaksanakan. Ini kerana ia dicipta berpakej
                        dengan  analisis  pelaksanaan  haji  mengikut  jenis-jenis  tertentu  seperti  haji
                        ifrad, haji tamattuk dan haji qiran. Malah penggunaan warna dioptimumkan
                        untuk membezakan antara rukun haji, wajib haji dan sunat haji yang lengkap
                        dengan  audio,  video,  gambar  dan  tulisan.  Ini  memudahkan  proses
                        pembelajaran  berlaku  secara  maya  tanpa  perlu  bersemuka.    Pendekatan
                        pembelajaran imersif maya melalui Eazee Hajj sangat transferable atau boleh
                        pindah.  Ini  kerana  pemindahan  ilmu  boleh  berlaku  tanpa  perlu  bersemuka
                        dengan pensyarah. Mungkin pada awalnya pensyarah memberi taklimat cara
                        penggunaan  aplikasi  ini.  Kemudiannya  pelajar  dapat  mengakses  dan
                        meneroka  sendiri.  Ini  kerana  pelajar  akan  dibimbing  dengan  audio,  video,
                        tulisan dan gambar yang telah disediakan, Kebolehpindahan ini bercambah
                        apabila  Eazee  Hajj  dicipta  dalam  dwibahasa.  Jadi  perpindahan  ilmu  dapat
                        berlaku dalam kalangan pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa. Malah
                        lebih  hebat  lagi  aplikasi  ini  boleh  diakses  melalui  muat  turun  dari  Google
                        Playstore  -  taip  EAZEE  HAJJ-BAHASA.  Pendekatan  pembelajaran  imersif
                        maya melalui e Eazee Hajj sangat scalable atau boleh skala.

                        Pelaksanaan  pendekatan  pembelajaran imersif  maya  melalui e  Eazee  Hajj
                        dimulakan dengan:

                        i.  Guru  menyediakan  set  induksi  video  orang  sedang  tawaf  mengelilingi
                            Kaabah. Guru mengedarkan ujian pra mengenai topik haji dan umrah.



                                                               171
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185