Page 179 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 179
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
EAZEE HAJJ
Dr. Khairani binti Zakariya @ Abd. Hamid,
Hjh. Amanisah binti Shuib, Hjh. Norarabainah Shafie,
Dr. Rashidah Md Hasan, Dr. Siti Aishah Ashaari.
IPG Kampus Tuanku Bainun
SINOPSIS
EAZEE HAJJ merupakan satu inovasi pedagogi yang menarik dan sangat
membantu suasana pembelajaran bermakna di mana pelajar terlibat secara
aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari. Pendekatan yang digunakan
ialah imersif maya dengan menggunakan apps atau mengimbas kod QR
tertentu yang berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran imersif yang
sangat memberi impak yang mendalam ke atas pengalaman dan pencapaian
pembelajaran pelajar. Pendekatan maya yang digunakan adalah melebihi
80% waktu pembelajaran pelajar (SLT) kerana berlaku dalam bentuk digital
tanpa bersemuka. Projek ini sangat membantu semasa proses pembelajaran
kerana topik haji dan umrah adalah topik yang penting tetapi terlalu kompleks
untuk difahami. Pelajar dapat mendalami topik haji dan umrah secara maya
dengan mengaksesnya melalui muat turun apps Eazee Hajj di Google Play
Store atau dengan menggunakan kod QR secara percuma. Ia merupakan satu
apps yang dimudahcara dan mudah diakses. Aplikasi ini amat berinteraktif dan
boleh dicapai di mana sahaja melalui pelbagai jenis telefon pintar dan
komputer. Pelajar dapat melayarinya sendirian tanpa perlu bersemuka dengan
pensyarah. Ini dapat menjimatkan masa pembelajaran dan menjimatkan kos
bahan bantu belajar kerana maklumat penting disediakan dan digarap dengan
baik sekali dengan video dan audio yang amat jelas. Warnanya yang terang,
menarik dan mempunyai makna tertentu telah diterangkan melalui petunjuk
warna.
RASIONAL PROJEK
Rasional terciptanya Eazee Hajj ini ialah kerana topik haji dan umrah perlu
pendekatan yang berbeza daripada kaedah PdPc yang konvensional.
Pelaksanaan ibadah haji yang terbahagi kepada tiga jenis haji yang
perlaksanaannya berbeza menyebabkan perlu dicetuskan satu inovasi yang
sistematik untuk memudahkan pemahaman, penganalisian dan
pengaplikasiannya. Kaedah biasa melalui penerangan dan syarahan tidak
dapat menyelesaikan masalah ini. Maka dicipta Eazee Hajj bagi membantu
pelajar menguasai topik yang sukar dan kompleks ini. Penggunaan apps
Eazee Hajj merupakan salah satu cara pembelajaran melalui permainan/
“learning through fun” yang melibatkan pengalaman pelajar secara maya yang
boleh berlaku dalam bentuk digital tanpa bersemuka.
170

