Page 19 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 19

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                                     KIT ANTI TANTRUM
                                  Dr. Noorashikin binti Edin, Dr. Mohd Azmi bin Mat Yusoff,
                                             Dr. Nik Aida Suria binti Nik Zulkifli Ami
                                               IPG Kampus Pendidikan Islam

                                                          SINOPSIS

                        Kit  Anti  Tantrum  ini  merupakan  kit  yang  menggunakan  pendekatan  terapi
                        multisensori. Terapi multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat
                        dalam  bidang  Pendidikan  Khas  bagi  membantu  kanak-kanak  bermasalah
                        pembelajaran  seperti  autisme,  sindrom  down,  hiperaktif  dan  global  delay.
                        Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, materniti,
                        psikiatri,  strok  dan  traumatic  brain  injury,  penyakit  kronik,  serta  penjagaan
                        dementia  (Ashby  et.al, 1995).  Kaedah  terapi  ini  merupakan  antara  kaedah
                        berkesan     untuk    merangsang       perkembangan       minda     kanak-kanak
                        berkeperluan  khas  menerusi  lima  rangsangan  asas  iaitu  penglihatan,
                        pendengaran,  sentuhan,  bau  dan  rasa.  Terapi  ini  bertujuan  untuk  menjadi
                        aktiviti  santai,  direka  bentuk  untuk  mewujudkan  rasa  selamat,  novelty  dan
                        rangsangan  yang  berada  di  bawah  kawalan  pengguna  (Ashby  et al,  1995)
                        serta tidak ada jangkaan untuk prestasi (Baillon, 2002). Terapi ini bukan sahaja
                        dapat  membantu  menguruskan  tantrum  kanak-kanak  berkeperluan  khas,
                        malah  juga  terhadap  kanak-kanak  normal.  Tantrum  bermaksud  kemarahan
                        secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang
                        meledak-ledak  sehingga  tiada  kawalan  diri.  Temper  Tantrum  seringkali
                        muncul pada anak berusia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada
                        anak yang hiperaktif dan dimanifestasi dalam  pelbagai tingkah laku seperti
                        menangis,  menggigit,  memukul,  menendang,  menjerit,  menghempaskan
                        badan ke lantai, melemparkan barang, menghempas pintu, memaki hamun
                        orang lain serta memecahkan barang dengan sengaja.

                        RASIONAL PROJEK

                        Antara faktor yang menyebabkan terjadinya tantrum adalah seperti berikut:

                         i.  Keinginan anak dihalang.
                         ii.  Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan.
                        iii.  Pergerakan yang terhad.
                        iv.  Asuhan Ibubapa
                            a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tiba-tiba
                               ada keinginannya yang lain tidak dipenuhi.
                            b. Asuhan yang tidak konsisten.
                            c. Ibu bapa bertelagah pendapat yang mana baik atau buruk untuk anak.
                         v.  Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.
                        vi.  Anak sedang stress.
                        vii.  Trauma atau fobia akibat pengalaman lalu.




                                                               10
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24