Page 22 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 22

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        PENGGUNAAN

                        Para pelajar menyediakan kit ini dengan menggunakan bahan terpakai seperti
                        kotak kasut, kotak tools, beg goody malahan beg plastik biasa untuk mengisi
                        alatan  yang  memenuhi  konsep  multisensori.  Pelajar  menggunakan  alatan
                        tersebut  bagi  mententeramkan  tantrum  murid  berkeperluan  khas  masalah
                        pembelajaran, kanak-kanak di taska atau prasekolah semasa sesi PdP dan
                        bimbingan  asuhan  kanak-kanak.  Keberkesanan  alat  di  dalam  kit  tersebut
                        bergantung kepada individu. Setiap kanak-kanak/murid memberi respon yang
                        berlainan  mengikut  alatan  yang  diberikan.  Apa  yang  penting  adalah
                        pengurusan  emosi  guru/pengasuh/penjaga  akan  terkawal  kerana  mereka
                        tidak perlu panik apabila berhadapan dengan kanak-kanak tantrum.

                        IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID


                        i.   Kelancaran penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
                        ii.  Memberi impak yang positif kepada guru dan murid.
                        iii. Meminimakan kos pengurusan menyediakan bilik Snoezelen.

                        IR  4.0  menekankan  aspek  pembuatan  pintar  maka  sumber  manusia  yang
                        bakal  mengisinya  mestilah  bijak  merebut  peluang,  kreatif  dan  berinovatif
                        dalam mengemukakan cadangan dan berani mengambil risiko. Dalam IR 4.0,
                        bijak  sahaja  tidak  memadai.  Individu  cemerlang  bukan  sahaja  perlu  mahir
                        tindakannya dan penuh hikmah penuturannya, malah perlu pintar emosinya.

                        Kepintaran emosi adalah keupayaan mengenalpasti dan mengurus emosi diri
                        dan pihak lain dengan tiga teraju utama iaitu kesedaran, jaringan dan kawalan
                        emosi. Kepintaran emosi kunci kejayaan hubungan sosial dan profesional.

                        Murid akan lebih bersedia berhadapan dengan murid tantrum dengan adanya
                        kit ini sebagai ‘kelengkapan’ yang mudah dicapai.


                        PERLUASAN / KOMERSIAL

                         i.  Kementerian Pendidikan Malaysia.
                         ii.  Jabatan Pendidikan Negeri.
                        iii.  Pejabat Pendidikan Daerah.
                        iv.  Sekolah-sekolah dan pusat asuhan kerajaan/swasta.
                         v.  Ibu bapa/penjaga.
                        vi.  Syarikat pembekal alatan bantu mengajar.





                                                               13
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27