Page 82 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 82
ARAHAN AM : BIDANG KURIKULUM TAHUN 2022
1. JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
i. Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu kelas untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri
ii. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
Pengetua/ PKP
2. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
a. Profesinalisme Guru
Guru-guru haruslah:
i. Menghayati kerja sebagai suatu ibadah serta berpegang kepada Fokus dan Gerak Kerja
Profesional KPPM 2019 melalui Naratif Amalan Baharu Pendidikan
ii. Memahami dan melaksanakan PPPM 2013-2025 yang memfokuskan kepada dua
keberhasilan utama pendidikan iaitu Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid
iii. Mengamalkan Sub Naratif 1 iaitu berkaitan pedagogi di mana pengajaran mestilah
berpusatkan murid (Student’s entred)
iv. Merujuk kepada Instrumen Sistem Kualiti Pendidikan Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard
4 yang merangkumi 6 aspek standard kualiti yang perlu dicapai.
v. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil tindakan bagi mencapai standard (TUMS)
bagi setiap aspek standard kualiti itu.
vi. Membudayakan “Professional Learning Community” (PLC) yang merupakan sebahagian
daripada kualiti guru di bawah bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) untuk
meningkatkan proses PdPc
vii. Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) sebagai mekanisme dalam merancang
PdPc yang lebih berkesan dan releven dengan system pendidikan semasa
viii. Membudayakan STEM dalam semua matapelajaran sebagai inisiatif transformasi generasi
abad ke-21
ix. Pendidikan Sivik hendaklah dilaksanakan secara bersepadu, holistik dan menyeluruh melalui
literasi sivik dan amali sivik dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris,Pendidikan Islam, dan Sejarah yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu
kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.
x. Bersedia menghadiri kursus-kursus berkaitan pedagogi / PdPc dan berkongsi dengan guru-
guru lain di sekolah dalam sesi “Inhouse Training”
b. Standard Kualiti PdPc
Guru Sebagai Perancang
i. Guru haruslah memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan PdPc
ii. Guru harus menyediakan RPH, menentukan kaedah pentaksiran dan menyediakan sumber
pendidikan (BBM) yang sesuai dan menarik
iii. Guru menetapkan bilik atau ruang sebagai tempat pembelajaran secara spesifik, mengikut
keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuatkuasa.
iv. Guru haruslah bersegera dan menepati masa ke kelas bila tiba waktu mengajar
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 66

