Page 83 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 83
Guru Sebagai Pengawal
i. Guru harus memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan dengan
mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi peluang kepada penyertaan
aktif murid dengan menepati objektif pembelajaran , mengikut keupayaan murid
ii. Guru harus mememastikan bilangan pelajar mencukupi dan merekod keberadaan murid
dalam “Buku Kawalan Kelas” yang disediakan
iii. Guru harus menggunakan lima minit pertama bagi mengawasi komunikasi dan perlakuan
murid, menyusun atur kedudukan murid dan mencipta suasana bilik darjah yang hebat,
selamat, bersih seterusnya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
secara berhemah
iv. Guru harus memberitahu objektif pembelajaran , peraturan semasa belajar dan jangkaan
yang sepatutnya mereka capai supaya mereka tahu apa yang harus dibuat
v. Guru harus menunjukkan keyakinan tentang kebolehan setiap murid.
vi. Guru harus bergerak di dalam kelas dan tidak harus duduk di atas kerusi di meja guru
sepanjang PdPc berlangsung.
vii. Guru harus mengawal keluar masuk murid dengan memastikan mereka memakai pas keluar
kelas
viii. Guru haruslah menambahkan aktiviti-aktiviti yang berupaya mengekalkan penglibatan murid
sehinggakan bilik darjah dirasakan sebagai tempat yang mesra untuk semua murid
ix. Pelbagaikan kaedah pengajaran mengikut gaya pembelajaran murid untuk memastikan
murid kekal fokus terhadap isi pelajaran
x. Jika terdapat murid sakit semasa PdPc, hubungi segera guru bertugas atau JK kesihatan
untuk tindakan sewajarnya.
Guru Sebagai Pembimbing
i. Guru perlu memastikan murid boleh menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan
nilai berdasarkan objektif pelajaran
ii. Guru perlu memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi pelajaran dan kemahiran
iii. Guru perlu memandu murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta
menggunakan sumber pendidikan
iv. Guru perlu menggabungkan isi pelajaran dengan kemahiran/ matapelajaran lain mengikut
keperluan dan keupayaan murid dengan betul, tepat secara berhemah dan bersungguh-
sungguh
v. Guru perlu aktif menggalakkan murid melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan
vi. Guru perlu menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui permainan
berkumpulan dan memberi peluang murid menunjukkan pengetahuan mereka.
Guru Sebagai Pendorong
i. Guru perlu meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dengan merangsang murid
berkomunikasi dan berkolaboratif
ii. Guru perlu mengemukakan soalan yang menjurus kepada pemikiran kritis dan kreatif dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
iii. Guru perlu mewujudkan peluang untuk murid memimpin dan mengemukakan soalan
berkaitan isi pelajaran serta memperoleh pengetahuan secara kendiri berdasarkan objektif
pelajaran dan mengikut keupayaan murid secara berterusan.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 67

