Page 87 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 87
6. PENCERAPAN PdPc GURU
i. Setiap guru akan dicerap menggunakan Instrumen SKPMg2 Standard 4 oleh Pengetua,
Pentadbir atau Guru Kanan Mata Pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.
ii. Tujuan pencerapan adalah untuk mengukur tahap kemahiran dan kecekapan guru dalam
mengendalikan PdPc dan sebagai refleksi bagi menambahbaik kualiti pengajaran.
7. PELAKSANAAN KSSM (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN
MULAI TAHUN 2020
SPI KPM BILANGAN 6 TAHUN 2019 betujuan memaklumkan pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (Menengah Atas) dan pelaksanaan pakej mata pelajaran di semua sekolah
menengah termasuklah pendidikan khas KPM serta pertambahan mata pelajaran berkuatkuasa hari
pertama persekolahan tahun 2020.
i. Melalui pelaksanaan pakej mata pelajaran menengah atas, akses kepada gabungan mata
pelajaran yang menarik dan berdaya maju perlu dilaksanakan sebagai pilihan laluan
akademik dan kerjaya setiap murid.
ii. Murid perlu mengikuti tiga kumpulan mata pelajaran yang dikategorikan sebagai mata
pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.
iii. Pakej yang ditawarkan adalah Pakej STEM dan Sastera dan Kemanusiaan.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 71

