Page 86 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 86

4.  FAIL REKOD MENGAJAR (FRM)

                      Setiap  guru  akan  diberi  sebuah  Fail  Rekod  Mengajar  dan  bertanggungjawab  terhadap
                      keselamatan Fail tersebut.

                     a)  Peraturan Fail Rekod Mengajar:

                          i. Perkara-perkara berikut hendaklah dicatat dalam Fail Rekod Mengajar
                                ▪  Dokumen  Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  dan  rancangan
                                  pelajaran tahunan(RPT) serta rancangan pelajaran harian(RPH).
                                ▪  Jadual waktu peribadi dan kelas (bagi Guru Tingkatan)
                                ▪  Senarai naskah buku yang digunakan.
                                ▪  Semua  soalan  ujian  dan  peperiksaan/pentaksiran  dalaman  serta
                                  markah/skor PBD.
                                ▪  Lain-lain maklumat yang perlu dan diarahkan.
                          i.    Tiap-tiap pelajaran hendaklah dirancangkan dan disediakan terlebih
                                dahulu.Jangan  sesekali  menulis  rancangan  pengajaran  apabila  pengajaran
                          telah selesai.
                          ii.  Buku Persediaan Mengajar hendaklah dibawa oleh guru apabila ia masuk ke dalam
                             kelas.
                          iii.  Rekodkan butir-butir setiap tugas menggantikan guru yang tidak hadir seperti
                             kelas, waktu dan pelajaran yang diajar.
                          iv.  Rekodkan juga butir-butir mengenai kelas tambahan, jika diadakan.

                     b)  Penyemakan Fail Rekod Mengajar:

                          i.  Fail ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Khamis selepas waktu
                             persekolahan untuk di semak dan ditandatangani oleh Pengetua / Penolong Kanan
                             / Guru Kanan. Ia hendaklah mengandungi rancangan pada hari pertama minggu
                             berikutnya.
                          ii.  Jika  kebetulan  tarikh  menghantar  buku  adalah  cuti  umum,  sila  serahkan  buku
                             berkenaan  ke  pejabat  pada  hari  sebelumnya.  Jika  guru  tidak  hadir  pada  tarikh
                             menghantar, buku berkenaan boleh dihantar pada hari pertama ia hadir semula ke
                             sekolah.
                          iii.  Selain daripada yang di atas, Pengetua / Penolong Kanan juga akan meminta Fail
                             Rekod Mengajar untuk semakannya pada bila masa yang difikirkan perlu. Oleh itu
                             kandungannya mestilah dikemaskini.
                          iv.  Jika seseorang guru bercuti dalam tempoh yang agak lama seperti Cuti Bersalin,
                             Fail tersebut hendaklah diserahkan  kepada Penolong Kanan.
                          v.  Apabila Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan / Nazir atau pihak pemantau
                             masuk menyelia  PdPc dalam kelas, buku berkenaan hendaklah diserahkan kepada
                             pihak-pihak berkenaan.
                          vi.  Fail  Rekod  Mengajar  adalah  kepunyaan  sekolah  dan  hendaklah  dikembalikan
                             apabila seseorang guru bertukar atau tamat sesuatu sesi / tahun persekolahan. Ia
                             hendaklah  diserahkan  kepada  pejabat  pada    hari  terakhir  tahun  persekolahan
                             semasa. Segala dokumen dalam buku berkenaan tidak boleh ditanggalkan (Rujuk
                             pekeliling KPM 256).


            5.  PENYEMAKAN  BUKU LATIHAN / BUKU KERJA / NOTA PELAJAR
                   i.  Buku latihan / buku kerja / buku nota pelajar hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
                   ii.  Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada para pelajar.
                   iii.  Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
                   iv.  Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan akan menyemak buku-buku tersebut juga mengikut
                      jadual yang ditetapkan.


             Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023                                     70
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91