Page 85 - Manual Pengurusan Sekolah 2022
P. 85
d. Sudut Mata Pelajaran
Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab memapar maklumat tentang mata pelajaran di “Sudut
Mata Pelajaran” dalam Kelas dan menukarkannya setiap bulan.
e. Melindungi Masa Instruksional
i. Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar melainkan dengan
sebab-sebab khas yang perlu dimaklumkan kepada pentadbir
ii. Semasa kerja-kerja amali di Makmal Sains, Bengkel RBT, Bengkel ICT dan waktu PJK di
Padang/ Dataran/ Dewan guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas dan wajib
bersama murid-murid untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku.
iii. Guru-guru PJK yang tidak boleh mengadakan kelas amali di luar bilik darjah disebabkan
hujan atau keadaan yang tidak selamat hendaklan mengambil inisiatif secara kreatif
mengajar Pendidikan Kesihatan di bilik darjah atau tempat yang sesuai.PJK adalah mata
pelajaran yang wajib diajar
iv. Guru tidak dibenarkan membuat sebarang urusan kokurikulum dan lain-lain urusan yang
tidak penting dengan meninggalkan kelas masa PdPc kecuali dengan arahan tertentu oleh
pengetua.
f. Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan (BSP)
i. Semua guru sangat digalakkan menggunakan BSP yang terdapat di sekolah ini secara
berhemah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan atau Pusat Sumber
Sekolah:
ii. Mendapat kebenaran daripada ketua unit atau penjaga stok yang didaftarkan
iii. Bertanggungjawab memulangkan kembali selepas menggunakannya
iv. Jika rosak/ hilang hendaklah dilaporkan segera
g. Susun Atur Bilik Darjah
Semua kelas hendaklah berada dalam keadaan susun atur kerusi dan meja PAK-21 yang
berupaya menggalakkan aktiviti PdPc secara Kolaboratif, berfikiran kreatif, dan kritis dan hebat
dalam Komunikasi
3. GURU GANTIAN (RELIEF)
i. Guru yang ditugaskan mengganti guru yang tidak hadir dimestikan masuk kelas berkenaan
pada masa yang ditentukan. Ingatlah hari ini hari orang, mungkin besok hari kita pula. Jadi
perlu ada bantu membantu.
ii. Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini adalah boleh
dianggap sebagai engkar perintah.
iii. Semasa menjalankan tugas gantian pastikan PdPc berlaku mengikut budi bicara guru
gantian atau guru asal yang dirancang lebih awal.
iv. Guru perlu peka dengan makluman dalam Whats App rasmi ” elief dan Keberadaan ” dan
memaklumkan ketidakhadiran secara bertulis setelah mendapat keizinan Pengetua.
Manual Pengurusan Sekolah Sessi 2022/2023 69

