Page 9 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 9
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
Pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan
(a) Pada 23 Julai 1948, kerajaan British memperkenalkan sistem
pendaftaran kebangsaan dan penggunaan kad pengenalan bagi
mengawal pergerakan penduduk.
(b) Langkah ini diambil bagi memudahkan pihak keselamatan
membezakan orang awam dengan komunis.
(c) Di bawah peraturan ini, setiap orang yang berumur 12 tahun ke
atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa.
(d) Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-
mana sahaja mereka berada.
Rancangan Briggs
a) Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney , Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu , melancarkan
Rancangan Briggs sebagai satu langkah menangani ancaman komunis .
(b) Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi Pengarah Operasi.
(c) Matlamat utama Rancangan Briggs ialah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen .
* Min Yuen ( Organisasi Massa ) ditubuhkan oleh masyarakat yang bersimpati dengan perjuangan
komunis
* Aktiviti Min Yuen ialah mendapatkan bekalan makanan dan wang untuk anggota komunis.
* Mereka juga melakukan peras ugut, merompak , menjalankan kegiatan propaganda, melakukan
perisikan dan sabotaj, merekrut ahli baru serta menjalankan kegiatan politik.
* Min Yuen beroperasi pada waktu malam dan bergerak dalam kalangan rakyat tanpa senjata api.
(d) Melalui Rancangan Briggs, kerajaan British telah memindahkan penduduk setinggan di pinggir
hutan ke petempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru.
* Kampung Baru dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan eletrik, air paip, sekolah
dan kemudahan kesihatan.
* Kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat juga dibina.
* Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara kemudahan di kawasan Kampung Baru..
* Kampung Baru dipagari dengan kawat berduri dan dikawal oleh Special Constables.
* Sehingga Mac 1952, terdapat lebih daripada 423 ribu orang penduduk pinggir hutan
dipindahkan ke Kampung Baru.

