Page 10 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 10

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin

                              Menawarkan pengampunan




         (a)     Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada komunis          Fokus SPM Esei

                 pada 6 September 1949 supaya mereka menyerah diri.
                                                                                      Jelaskan apakah usaha-usaha yang


         (b)     Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan dan poster        telah dijalankan oleh Kerajaan

                 ditampal di merata-rata tempat.                                      British di Tanah Melayu untuk

                                                                                      membanteras pengeruh an

         (c)     Edaran risalah dan pas pengampunan dalam bahasa Cina, Melayu         ancaan komunis ?

                 dan Tamil dilakukan dalam pelbagai cara termasuk melalui kapal
                 terbang.                                                             Isi Jawapan


         (d)     Iklan dan wayang gambar juga digunakan untuk membantu                 •  Penguatkuasaan undang-

                 penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri .                   udang darurat
                                                                                       •  Pemeriksaan pasukan
                                                                                           keselamatan
                          Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

                                                                                       •  Pendaftaran kebangsaan

                                                                                           dank ad pengenalan
                                                                                       •  Rancangan Briggs
         (a)    Kempen “ Bulan Rakyat Melawan Penjahat ” diisytiharkan oleh

                Majlis   Perundangan Persekutuan pada 22 Disember 1949.                •  Tawaran pengampungan
                                                                                          •  Kempen bulan rakyat
         (b)    Penduduk berbilang kaum diseru untuk mendaftarkan diri dengan             melawan Penjahat
                pihak berkuasa secara sukarela .                                          •  Perintahh berkurung

                                                                                       •  Perang saraf

         (c)    Menjelang bulan Mac 1950, lebih 435 905 orang sukarelawan telah        •  Rundingan Baling
                mendaftarkan diri.
                                                                                      Bu  kti : buku teks hal 152- 160
         (d)    Mereka terdiri daripada penduduk lelaki dan wanita daripada latar
                belakang termasuk golongan profesional.

         (e)    Pelaksanaan kempen ini telah menggalakkan interaksi antara
                penduduk pelbagai   kaum di samping mengeratkan hubungan .


                                      Perintah Berkurung




        a)     Perintah berkurung merupakan tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh

               tertentu.


        (b)      Pelaksanaan perintah berkurung membolehkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan

                 lebih berkesan.
        (c)      Pada bulan Jun 1951 , perintah berkurung dikenakan di kawasan Labis, Johor, untuk membolehkan
                 pasukan keselamatan menjalankan operasi memburu komunis.

        (d)      Perintah berkurung juga dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan pihak

               berkuasa untuk membanteras ancaman komunis.

        (e)    Pada bulan Mac 1952, perintah berkurung selama 22 jam dikenakan terhadap penduduk di Tanjung


                 Malim untuk mengelakkan mereka berhubung dengan komunis.

        (f)    Perintah berkurung dikenakan di Tanjung Malim berkutan peristiwa serangan 40  orang anggota
               komunis yang menyebabkan 12 orang pekerja membaiki paip air   terkorban
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15