Page 13 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 13
6.4 KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
NEGARA KITA
Aspek Politik
Peningkatan jumlah warganegara
• Berikutan langkah kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan
pada tahun 1952, seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180
ribu orang India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
• Kelonggaran syarat ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu
terhadap kaum lain bagi mewujudkan perpaduan rakyat
Penubuhan Malayan Chinese Association Fokus SPM Esei
• Darurat mendorong Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan Jelaskan Kesan-kesan zaman
hati penduduk Cina dengan menubuhkan parti politik darurat terhadap negara?
be rorientasikan tempatan.
• Pada 27 Februari 1949, Tan Cheng Lock membentuk Malayan Isi Jawapan
Chinese Association ( MCA ) di Kuala Lumpur untuk meyakinkan Politik
British bahawa bukan semua orang Cina menyokong komunis.
• MCA juga bersedia bergandingan dengan kerajaan untuk memerangi • Peningikatan jumah rakyat
komunis.
• Sehingga bulan Februari 1953, MCA mempunyai seramai 250 ribu • Penubuhan MCA
orang ahli. • Mempercepatkan
• Antara peranan MCA adalah : kemerdekaan
* Membantu kerajaan dari segi kewangan dan Aspek Ekonomi
menempatkan semula 500 ribu orang penduduk ke
Kampung Baru. • Kos perbelanjaan
meningkat
* Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan • Peenderitaan rakyat
dan mendermakan kutipan loteri kepada penduduk di • Hubungan kaum renggang
Kampung Baru.
* Memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru. • Koorban meningkat
Lihat Buku Teks hal 161 - 163
Mempercepatkan kemerdekaan
• British bersedia untuk mempercepat kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu kerana mereka sedar bahawa penamatan darurat
tidak dapat dicapai melalui strategi ketenteraan semata-mata.
• Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC ) ditubuhkan untuk
meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan pemimpin kaum .
• Parti Perikatan ( UMNO-MCA-MIC ) ditubuhkan untuk
membolehkan perkongsian kepentingan dan hala tuju yang sama
dalam kalangan pemimpin kaum .
• Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955
memberi keyakinan kepada British bahawa Persekutuan Tanah
Melayu dapat menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk
yang berbilang kaum.
• Dalam suasana demikian, British bersetuju memberikan
kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
• Dengan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, PKM
tiada alasan lagi untuk meneruskan perjuangannya

