Page 12 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 12

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
                              Memenangi keprcayaan orang Asli



           •  Usaha dijalankan supaya Orang Asli menyokong kerajaan dalam usaha membanteras komunis.
           •  Templer mendirikan 14 kubu yang menyediakan kemudahan barangan keperluan harian,


              perubatan, pendidikan dan perlindungan untuk mendapatkan sokongan Orang Asli.


                            Memajukan Perkhidmataan penerangan


            •    Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk menimbulkan

                kesedaran kepada masyarakat supaya menyokong usaha kerajaan membanteras komunis.

                          Perkenalkan kawasan Hitam dan putih



             •  Konsep Kawasan Hitam dan Kawasan Putih diperkenalkan.
             •    Kawasan Hitam merujuk kepada kawasan yang terdapat pengaruh komunis yang aktif dan

                dikenakan perintah berkurung.

             •    Kawasan Putih merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.
             •    Sehingga tahun 1954, British mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri

                Sembilan sebagai Kawasan Putih.






                                Rundingan Baling





        (a)    Pada 28 Disember 1955, satu pertemuan di antara pihak
               kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM diadakan di

               Sekolah Inggeris, Baling , Kedah.

        (b)    Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman
                 yang ditemani oleh Tan Cheng Lock dan David Marshall
               sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid
                 Maidin.

        (c)      Rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling ini
               bertujuan menamatkan ancaman komunis.

        (d)    Dalam rundingan , Tunku meminta Chin Peng membubarkan
                 PKM , meletakkan senjata dan menyerah diri.



        (e)    Chin Peng pula menetapkan syarat bahawa peletakan senjata          Kerajaan telaah menggunakan
               dan penyerahan diri akan dibuat jika kerajaan bersetuju            pelbagaai kaaedah untuk

               mengakui PKM sebagai parti politik yang sah.
                                                                                  membanteras ancamaankomunis


        (f)    Rundingan menemui kegagalan kerana Tunku enggan                    seperti  melalui ketenteraan ,
               menerima syarat yang ditetapkan oleh PKM.                          kerjaasaama dari rakyat seperti

                                                                                  perang saraf

                                                                                  Kerjasama antara rakyat dan kerajaan
                                                                                  amat pentin dalam usaha
                                                                                  mempertahankan negara
   7   8   9   10   11   12   13   14   15