Page 11 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 11
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
Perang Saraf
Iktibar sejarah
(a) Perang Saraf merupakan rancangan yang dilaksanakan oleh Kerjasama penduduk dalam
British untuk menghapuskan komunis melalui usaha melakukan sesuatu program amat
memenangi hati dan fikiran rakyat tempatan. diperlukan untuk memastikan
kejayaan kepada negara
(b) Rancangan ini diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Gerald Templer pada tahun 1952.
(c) Templer berusaha menjalinkan hubungan baik dengan
penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dan
menyampaikan maklumat tentang komunis kepasda pihak
kerajaan .
(d) Melalui perang saraf , pihak British berjaya memujuk rakyat
berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras ancaman
komunis.
Mengadakan Lawatan
• Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka.
• Lawatan dilakukan ke atas sekolah , hospital, pondok polis , kampung baru dan sebagainya.
• Lawatan Templer diiringi oleh isteri beliau yang menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu
Puteri dan pusat komuniti.
Melonggarkan syarat kewaarganegaraan
• Langkah ini bertujuan menarik kaum bukan Melayu untuk menjadi rakyat Tanah Melayu.
• Langkah ini penting untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.
• Pada 14 September 1952, lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India layak menjadi
warganegara.
Pilihanraya Majlis perbandaran
• Pilihan raya tempatan diadakan untuk menggalakkan penyertaan orang bukan Melayu dalam bidang
politik.
• Melalui langkah ini, kerajaan mendapat sokongan orang bukan Melayu untuk menentang ancaman
komunis
Hadiah Wang Tunai
• Hadiah wang tunai ditawarkan kepada penduduk yang berjaya menagkap atau memberi maklumat
tentang gerila komunis.
• Wang tunai sebanyak $250 ribu ditawarkan ke atas mereka yang berjaya menangkap atau
memberi maklumat tentang pemimpin PKM, Chin Peng.

