Page 100 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 100

G. Ketenangan

               Melakukan aktiviti yang memberikan ketenangan sama ada menerusi senaman pernafasan,

               mendengar muzik, memasak, berkebun dan sebagainya kerana dapat mengurangkan tekanan
               serta berasa lebih tenang.




               7.0 KEBIMBANGAN DALAM KALANGAN REMAJA


               Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid. Cikgu harap murid-murid  sihat dan bersedia
               untuk memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Tajuk perkongsian cikgu pada hari ini ialah

               Kebimbangan dalam Kalangan Remaja.


               Kebimbangan adalah perasaan tidak selesa, takut, resah dan gementar. Ia merupakan satu
               perkara biasa yang dialami dari masa ke semasa. Perasaan ini kadang-kadang membuat kita

               lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak diingini.


               Apakah penyebab kebimbangan?


               Adalah perkara biasa dalam hidup untuk berasa bimbang.


               Walau bagaimana kebimbangan berpanjangan akan mengganggu kerja-kerja harian.


               Remaja boleh merasa bimbang atas pelbagai sebab, antara lain:


                   •  Rasa cemas keterlaluan oleh ibu bapa

                   •  Peribadi diri yang:
                          o  Pemalu
                          o  Selalu mengasingkan diri

                          o  Mudah risau


                   •  Pernah mengalami trauma


               Bagaimana mengetahui seseorang mempunyai masalah kebimbangan?


               Seorang yang menghidapi kebimbangan biasanya:


                   •  Mudah terperanjat

                   •  Tidak dapat bertenang
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105