Page 102 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 102

•  Ibu bapa

                   •  Keluarga sendiri yang boleh dipercayai
                   •  Guru Bimbingan dan Kaunseling
                   •  Guru Agama



               8.0  STRESS DALAM KALANGAN REMAJA


               Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid. Cikgu harap murid-murid  sihat dan bersedia
               untuk memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Tajuk perkongsian cikgu pada hari ini ialah

               Pengurusan Stress dalam Kalangan Remaja.


               Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini
               terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia
               yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak

               dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.


               Apakah punca-punca stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?


               Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada empat
               kategori iaitu:-



               Peribadi / diri

                   •  Meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah,
                       kurang yakin pada diri sendiri
                   •  Takut untuk gagal
                   •  Perubahan pada tubuh badan akibat hormon, penyakit atau pemakanan

                   •  Membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan


               Rumah

                   •  Konflik antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
                   •  Perceraian ibu bapa atau kematian ibu bapa
                   •  Kelahiran adik baru
                   •  Berpindah rumah baru

                   •  Mengalami penderaan dan pengabaian


               Sekolah

                   •  Bertukar sekolah
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107