Page 4 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 4
1.3 OBJEKTIF
Modul ini adalah untuk memastikan:
1.3.1 membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan
lancar.
1.3.2 psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi perhatian
semasa berada di sekolah dan asrama.
1.3.3 memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.
1.4 TAFSIRAN
Definisi konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu:
1.4.1 Orientasi merupakan kegiatan (peninjauan dan sebagainya) yang menjadikan seseorang
faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dan
lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
1.4.2 Pemugaran emosi merupakan konsep yang menunjukkan pendekatan yang bertujuan
untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat
pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik
darjah atau di luar bilik darjah.
1.4.3 Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti
kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti
pandemik penyakit berjangkit, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.
1.5 STRATEGI PELAKSANAAN
1.5.1 Menyediakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program.
1.5.2 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan
kepada murid dan guru.
1.5.3 Melaksanakan program Orientasi Pemugaran Emosi Murid dalam Normal Baharu pada
hari pertama persekolahan.
1.5.4 Tempat pelaksanaan program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
1.5.5 Jawatankuasa pemantauan adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan
penyelaras program.

