Page 5 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 5

1.6 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


               Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

               1.6.1  Pentadbir Sekolah

                  i.   memastikan tahap kesediaan sekolah dalam keadaan selamat.
                 ii.   memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan
                       sihat dan selamat.

                 iii.   memastikan GBKSM menyediakan carta organisasi Panduan Pelaksanaan Modul
                 iv.   memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi perjalanan program.
                 v.    memantau  program  yang  dijalankan  dan  memberikan  sokongan  yang  bersesuaian

                       kepada guru.


               1.6.2.   Guru
                  i.   melaksanakan modul dengan bimbingan guru bimbingan dan kaunseling
                  ii.   mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan

                       sosial.
                  iii.  memaklumkan kepada pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.


               1.6.3.   Ibu Bapa/Penjaga
                   i.  memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan

                       tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
                   ii.  memastikan anak/anak jagaan tidak hadir ke sekolah sekianya bergejala
                   iii.  membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga; dan

                   iv.  memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

               1.6.4    Guru Bimbingan dan Kaunseling

                   i.  menjalankan promosi Minda Sihat secara berkala untuk menyebarkan maklumat kepada
                       semua murid.

                   ii.  melaksanakan  program  orientasi  pembugaran  emosi  murid  dalam  kebiasaan  baharu
                       mengikut surat siaran dan SOP yang disediakan oleh BPSH, KPM.
                   iii.  melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang berkeperluan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10