Page 6 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 6
1.6.5 Guru Mata Pelajaran
i. Menyampaikan modul kepada murid di dalam kelas.
ii. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
iii. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan sesi bimbingan atau sesi kaunseling dan
merujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
1.6.6 Pemantau
i. Memantau perjalanan dan pelaksanaan program mengikut jadual yang ditetapkan.
ii. Membantu menyelesaikan sebarang isu yang timbul berkaitan pelaksanaan modul.
iii. Memastikan sesi perjumpaan diadakan seperti jadual yang dirancang.
1.6.7 Penyelaras
i. Menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
ii. Memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk didokumentasikan.
iii. Membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan apabila
diarahkan oleh pihak JPN Kedah.
1.6.8 Setiausaha
i. Membantu menyelaras program yang dirancang berjalan dengan baik dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
ii. Membantu memantau dan mengumpul semua laporan perjumpaan untuk
didokumentasikan.
iii. Membantu membentangkan laporan pelaksanaan program dan menghantar pelaporan
apabila diarahkan oleh pihak JPN Kedah.

