Page 32 - tmp
P. 32

Perancangan Sekolah 2020

                 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

                                    FOKUS SEBAHAGIAN PERATURAN DAN PANDUAN GURU

                    1.  Disiplin dan Sahsiah Guru
                        1.1  Sesuai sebagai seorang guru dan penjawat awam. (Rujuk Perintah Am, Peraturan Penjawat Awam dan

                           tatasusila Profesion Perguruan Malaysia).
                        1.2  Elakkan  daripada  mewujudkan  suasana  yang  tidak  harmonis  dengan  seluruh  warga  sekolah  dan
                           komuniti setempat serta ibu bapa.

                        1.3  Sentiasa berusaha menjaga imej diri, rakan setugas dan sekolah.
                        1.4  Jika menghadapi sebarang kekangan dan masalah, berundinglah dengan Guru Besar, Penolong Kanan

                           atau rakan-rakan yang dapat membantu.
                        1.5  Elakkan daripada keterhutangan yang serius ( tindakan tatatertib boleh dikenakan ).


                    2.  Mengajar
                        2.1  Mengajar dengan penuh dedikasi ( satu amanah yang perlu diterima dengan ikhlas )
                        2.2  Harus BERSEDIA apabila masuk ke kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan licin dan dalam

                           suasana pembelajaran yang baik.
                        2.3  Perancangan mengajar yang baik bermula dengan NIAT yang baik. Buatlah perancangan mengajar yang
                           baik sesuai dengan Sukatan Pelajaran dan latar belakang murid.

                        2.4  Pengajaran yang baik berpaksikan KURIKULUM, PEDAGOGI dan PSIKOLOGI yang diolah dengan baik
                           dalam satu Rancangan Pengajaran. Kefahaman  guru dalam ketiga-tiga aspek ini sangat membantu

                           merancang, mengelola dan menambahbaikkan dalam PdPC.
                        2.5  Berani mencuba pelbagai kaedah pengajaran terutama berpusatkan murid.
                        2.6  Jadikan PdPC satu sesi yang sangat menyeronokkan sesuai dengan alam kanak-kanak yang sangat

                           aktif dan berkembang pesat.
                        2.7  Setiap sesi pengajaran diakhiri dengan latihan untuk mengukur kefahaman murid dan mutu pengajaran.

                        2.8  Selepas sesi PdPC buatlah REFLEKSI yang ikhlas, untuk mengukur dan membuat penambahbaikkan
                           amalan P&P.
                        2.9  Refleksi adalah sebahagian penyelidikan tindakan yang sangat membantu guru-guru dalam memastikan
                           amalan P&P yang baik.


                    3.  Buku Ringkasan Mengajar

                        3.1  Ikuti semua arahan yang terkandung dalam Pekeliling Iktisas Bil 3/1999.( Rujuk lampiran dalam buku
                           ringkasan mengajar).
                        3.2  Butir-butir yang perlu diisi dengan segera seperti butir-butir peribadi, jadual waktu persendirian / kelas

                           yang lengkap serta sukatan pelajaran yang sah.
                        3.3  Rancangan Pelajaran perlu disahkan oleh Guru Besar sebelum digunakan dengan rasmi.

                           ( ditulis atau difotostat ).




                 SK KOTA KUALA MUDA                                                                         18
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37