Page 51 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 51

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

               Garis Panduan

                   1.  Pengurusan  panitia  mata-mata  pelajaran  mestilah  mematuhi  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bil
                       4/1986.
                   2.  Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti
                       SPK ISO MS 9001/2000.
                   3.  Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam, motivasi dan bakat
                       adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru  di dalam kelas.  Oleh  itu semua
                       panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
                       membantu,  berkongsi  fikiran,  pengalaman  dan  kepakaran  untuk  membaiki  kecekapan  dan
                       kekesanan pengajaran.
                   4.  Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada HEADCOUNT
                       dan atau Data SAPS dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia.
                   5.  Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar
                       yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap
                       pembelajaran.
                   6.  Pengurusan  panitia  secara  online  atau  web  based/1Bestari  net  VLEFrog  mestilah  menjadi
                       keutamaan dan laman web panitia/sekolah mestilah sentiasa dikemas  kini supaya guru dan
                       murid boleh sentiasa merujuk.
                   7.  Semua  mesyuarat  panitia  akan  dijalankan  dalam  tempoh  dua  minggu  selepas  mesyuarat
                       kurikulum  dan  mesyuarat  panitia  ini  mestilah  dihadiri  oleh  pentadbir.  Satu  salinan  minit
                       mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada PKP melalui SU Kurikulum.
                   8.  Setiausaha  panitia  hendaklah  menyelenggara  fail-fail  panitia  dan  semua  minit  atau  laporan
                       mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua
                       panitia.

                  DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN
                        PENGAJARAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

               Garis Panduan

                   1.  DSKP, RPT dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila
                       merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
                   2.  Guru  mestilah  dapat  menghayati,  mengenal pasti  dan  boleh  menterjemahkan  objektif  mata
                       pelajaran  yang  tercatat  di  dalam  DSKP  kepada  objektif  pentaksiran  dan  juga  proses
                       pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas  agar  mahir  tentang  konstruk-konstruk
                       peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.
                   3.  Salinan  kesemua  dokumen  ini  yang  telah  disahkan  oleh  Pengetua/Penolong  Kanan
                       Pentadbiran mestilah dilampirkan bersama dalam Fail Rekod Mengajar Guru (FRMG) atau
                       diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk.
                   4.   Senarai  semak  dokumen  yang  patut  ada  pada  FRMG  hendaklah  dilengkapkan  dan
                       ditandatangani  oleh  guru  sebagai  penyedia  dan  Pengetua/Penolong  Kanan  Pentadbiran
                       sebagai pengesah pada setiap awal tahun.
                   5.  Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dalam FRMG hendaklah mengikut format yang
                       telah ditetapkan.
                   6.  Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam FRMG
                       sebelum masuk kelas. Oleh itu, FRMG mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali
                       ada kelas.
                   7.  Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikut:
                          •  Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada bulan Julai.
                          •  Tingkatan Lima - sukatan dilengkapkan pada bulan Ogos.








                                                           51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56