Page 54 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 54
PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
Garis Panduan
1. Semua urusan peperiksaan yang dijalankan hendaklah menepati prinsip ekuiti dalam
pendidikan.
2. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
3. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat
serta penekanan kepada penilaian formatif.
4. Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil
02/2008 – pindaan (rujuk lampiran kurikulum 4) yang memperincikan bilangan peperiksaan
dan ujian seragam setahun, dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format
peperiksaan, jadual pengawasan, rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ’content
skill’ dan post mortem peperiksaan.
5. Unit Pentaksiran dan Penilaian dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang
berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ‘Take Off Value’ dan meletakkan ‘ETR’ bagi
peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun.
JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU RELIF
Garis Panduan
1. Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan
1996.
2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum.
3. Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru
(pemeriksa kertas peperiksaan awam).
4. Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
5. Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tingkatan 1 ke Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 ke
Tingkatan 5 menjadi syarat utama agar peluang pengalaman mengajar kelas peperiksaan
kepada guru-guru di sekolah ini.
6. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti Guru
yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh
murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut. Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan kedua-dua
pihak.
7. Jadual waktu mengajar, jadual waktu ganti dan jadual waktu blok akan diurus dan disediakan
oleh Unit Jadual Waktu Sekolah.
8. Jadual Waktu Penggunaan Bilik-Bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-
bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah
disampaikan kepada pentadbir sekolah. Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran
dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal Sains, Bengkel RBT, surau, Bilik
Pendidikan Islam, Dewan, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Tayangan, Makmal Komputer,
Bengkel MPV dan Bilik Sri Manggatal.
9. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri murid di dalam
meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber
mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, ketua bidang dan ketua panitia
adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-
54

