Page 53 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 53

17.  Setiap  guru  mata  pelajaran  amat  digalakkan  untuk  menghasilkan  sekurang-kurangnya  satu
                       kreativiti atau inovasi dalam PdPc serta satu kajian tindakan pada setiap tahun.
                   18.  Borang pelan tindakan guru mata pelajaran (Headcount) hendaklah dilengkapkan pada awal
                       tahun  dan  disemak  semula  selepas  selesai  peperiksaan/penilaian  bagi  tujuan  perancangan
                       intervensi.



                        BUKU TEKS, BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN

               Garis Panduan

                   1.  Buku  teks  mestilah  sentiasa  digunakan  oleh  guru  dan  murid  bagi  mendedahkan  konsep-
                       konsep dalam mata pelajaran. Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah
                       ditegaskan kepada murid.
                   2.  Buku  Kerja  dibenarkan  penggunaannya  dengan  syarat  tidak  menggantikan  buku  teks  dan
                       mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.
                   3.  Buku  Rekod  Amali  mestilah  digunakan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  sains  selaras
                       dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989. Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman
                       yang  bergaris  dan  halaman  yang  kosong  yang  digunakan  untuk  merekod  sebarang  data,
                       maklumat, pemerhatian dan kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen.
                       Halaman  yang  kosong  boleh  digunakan  untuk  melukis  gambarajah,  graf  dan  sebagainya.
                       Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi
                       dalam bentuk penulisan.
                   4.  Guru  mestilah  memberikan  latihan-latihan  bertulis  secara  topikal  di  dalam  kelas  ataupun
                       sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah. Guru mata pelajaran
                       mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata pelajaran
                       mengikut jadual yang telah ditetapkan.
                   5.  Murid yang gagal membuat latihan atau kerja khusus merupakan satu perkara yang serius dan
                       panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang
                       menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang
                       mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia.
                   6.  Senarai  murid  yang  berpotensi  gagal  menyiapkan  tugasan/kerja  khusus/amali  hendaklah
                       disenaraikan oleh guru mata pelajaran dan tindakan awal bagi memastikan perkara tersebut
                       tidak berlaku hendaklah diambil terhadap mereka dengan segera.

                                                  LATIHAN MINIMUM

               Garis Panduan

                   1.  Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan
                       dalam  topik-topik  yang  diajar.  Oleh  itu  latihan  minimum  yang  disasarkan  mestilah
                       dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
                   2.  Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima
                       dalam Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran pada awal tahun.
                   3.  Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah
                       5:3:2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan.


















                                                           53
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58