Page 52 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 52

•  Tingkatan Satu, Dua, Empat - sukatan dilengkapkan pada bulan September.

                                              PAKEJ MATA PELAJARAN

               (Rujuk Lampiran)

                                    PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

               Garis Panduan

                   1.  Pengajaran  dan  Pembelajaran  berkesan  hendaklah  dilaksanakan  oleh  guru  untuk
                       mengoptimumkan kecemerlangan murid.
                   2.  Menyediakan  kemudahan  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  cukup  dan  berkualiti  selaras
                       dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau (ICT).
                   3.  Menekankan  kemahiran  mengaplikasi  ICT  bagi  menghasilkan  murid  yang  berkemahiran
                       dalam  ICT.  Oleh  itu,  penggunaan  peralatan  ICT  menjadi  keutamaan  dalam  menyokong
                       pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
                   4.  Pembelajaran  berasaskan  e-learning  dengan  menggunakan  teknologi  multimedia  interaktif
                       dan pembelajaran berasaskan laman web seperti VLE Frog digalakkan dan akan diperluaskan.
                   5.  Memperluas program peningkatan penguasaan bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
                       Bahasa Inggeris dan Bahasa Kadazan Dusun.
                   6.  Meningkatkan penguasaan dan penekanan pada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis
                       dan  kreatif  agar  murid  menguasai  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KEBAT)  dan  i-Think
                       semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
                   7.  Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam proses pengajaran dan
                       pembelajaran  bagi  meningkatkan  ketrampilan  guru  dan  seterusnya  ketrampilan  murid  dan
                       pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam. Hal ini adalah
                       kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
                   8.  Penggunaan  kumpulan  pembelajaran  koperatif,  ’co-operative  learning  structures’  dan
                       ‘workshops’  mestilah  diperluaskan  dalam  kalangan  guru  dan  murid.  Dengan  itu kerjasama
                       antara  murid  dan  guru  dapat  dipertingkat  seterusnya  tanggungjawab  untuk  belajar  dapat
                       dipindahkan kepada murid.
                   9.  Pendekatan Team Teaching dan Lesson Study (LS_TT) adalah digalakkan bagi kelas-kelas
                       yang bersesuaian dengan kebenaran daripada Pengetua.
                   10.  Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran,
                       murid dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
                       penguasaan pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan daya tumpuan murid di dalam kelas.
                   11.  Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan ‘content skill,
                       language  skill,  ICT  skill  &  pedagogi  skill’.  Oleh  itu  setiap  orang  guru  mestilah  berusaha
                       meningkatkan  keterampilan  diri  dengan  meningkatkan kemahiran-kemahiran  di  atas  secara
                       berterusan.
                   12.  Guru  mata  pelajaran,  ketua  panitia  dan  ketua  bidang  mestilah  sentiasa  memantau  prestasi
                       pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan
                       berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut.
                   13.  Pengajaran  dan  pembelajaran  menggunakan  stesen-stesen  pengajaran  dan  pembelajaran  di
                       luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan terutama Tingkatan 1,
                       2 dan 3 menggunakan PBS agar PdPc lebih menarik dan berkesan.
                   14.  Proses  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  kelas  juga  mesti  memantapkan  budaya
                       membaca,  belajar  cara  belajar,  penggunaan  pelbagai  sumber  pendidikan  dan  penerapan
                       budaya cintakan ilmu.
                   15.  Guru  juga  mestilah  mendedahkan  murid-murid  dengan  soalan  mencapah  ataupun  HOTS
                       (Higher Order Thinking Skills Questions) atau KEBAT.
                   16.  Ketua-ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras
                       dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dioptimumkan.







                                                           52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57