Page 74 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 74
GARIS PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
TUGAS GURU TINGKATAN
Pengurusan dan Organisasi Kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan. Penolong Ketua Tingkatan,
Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan. Memastikan AJK kebersihan mengagihkan murid
untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan
membuang sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan
maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
• Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadual Tugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru dan papan hitam diiventorikan
(d) Moto Kelas.
(e) Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.
• Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
• Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru penyelaras kursus
yang berkenaan.
• Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
• Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid.
Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
(a) Keceriaan kelas.
(b) Kebajikan murid.
• Jadual kedatangan dan kedatangan murid.
o Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama
berakhir dan menyimpan buku daftar murid di pejabat.
o Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.
o Memastikan data terkini murid di dalam kelas.
o Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan diselenggarakan seperti
yang diarahkan.
(a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang dtetapkan.
(b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
• Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan.
o Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
fizikal dalam kemajuan murid bagi setiap semester/penggal.
o Menyampaikan slip kemajuan murid kepada ibu bapa setiap kali selepas
ujian.peperiksaan.
• Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
o Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik
o Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah.
o Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
o Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan
murid.
o Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah
kesihatan
o Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
sekolah.
o Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :
(a) Mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “ Melanggar Peraturan Sekolah”
yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin.
(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.
45
74

