Page 76 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 76
• Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-
murid yang bermasalah.
• Membantu guru dalam mengurus murid yang akan berpindah ke sekolah lain dan berhubung
dengan unit keluar/masuk.
• Merekodkan surat-surat cuti sakit/ibu bapa bagi murid yang tidak hadir ke sekolah.
Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid
• Membantu guru kelas merancang aktiviti bimbingan dan motivasi.
• Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang
pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid.
• Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan
menjelajah dalam kalangan murid-murid .
• Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid supaya bersedia untuk
belajar.
• Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan
keperluan, kesediaan dan perkembangan murid.
• Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama
ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah
jagaannya.
• Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
• Membantu guru kelas dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran semasa ketiadaan guru
kelas.
•
Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
• Melayani karenah murid-murid dan menolong memastikan mereka sentiasa berkeadaan
bersih.
• Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku,
tutur bahasa dan kekemasan diri.
• Membantu guru kelas menjaga keselamatan alatan dan kemudahan di dalam dan di luar kelas
seperti sudut-sudut akademik, risalah-risalah dan bahan bantu belajar.
• Membantu mengawasi murid-murid semasa ketiadaan guru kelas.
* Semua tugas di atas adalah bergantung kepada kerjasama dan kesefahaman dua pihak
Guru Utama dan Pembantu Guru.
47
76

