Page 78 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 78
UNIT DISIPLIN
Tanggungjawab:
• Menentukan penerapan amalan-amalan dan nlai-nilai yang murni.
• Memastikan undang-undang, peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
• Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan
tatatertib dan salahlaku.
• Menyelaras dan meneyediakan rekod disiplin murid dan laporan.
Ketua Unit:
• Menyediakan takwim dan agihan tugas.
• Menyediakan dan melaksanakan pelan strategik, pelan operasi dan pelan taktikal untuk
program disiplin.
• Menerima dan membuat laporan yang berkaitan kes-kes disiplin kepada Pihak Pentadbiran /
PPDK / Polis / ibubapa dan lain-lain.
• Memastikan tahap disiplin murid dalam keadaan yang baik.
Pen. Ketua Unit:
• Membantu menjalankan tugas Ketua Unit.
Setiausaha:
• Mengeluarkan notis mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat.
• Mengemaskini borang-borang dan merekod laporan daripada setiap penyelaras.
Penyelaras Disiplin Tingkatan:
• Menerima sebarang aduan disiplin daripada murid / guru.
• Mensiasat sebarang laporan dengan melengkapkan borang siasatan kes.
• Memaklumkan dan membuat perjumpaan dengan ibubapa sekiranya perlu.
• Merekodkan kesalahan murid ke dalam Sistem Salahlaku Murid.
• Memastikan murid mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah dengan tidak membawa
sebarang barang larangan ke sekolah.
• Mengadakan ‘spot check’ tidak menyeluruh tetapi secara berkala.
• Menyediakan manual untuk guru bertugas yang membantu melaksanakan spot check.
• Memastikan maklumat murid yang terlibat direkodkan untuk demeritkan poin mereka.
• Membuat laporan ‘spot check’ bulanan.
• Mendokumentasikan operasi ‘spot check’ yang dijalankan.
Penyelaras Badan Pengawas:
• Mengadakan program pemantapan pengawas.
• Membuat agihan tugas kepada pengawas.
• Menjalankan pemeriksaan mengejut secara berkala.
• Menyediakan pengawas bertugas untuk setiap program sekolah bagi mengawal disiplin murid
jika diperlukan.
• Memastikan Majlis Pelantikan Pengawas.
• Memastikan para pengawas sekolah sentiasa diberi input dan pengetahuan yang relevan
sebagai pemimpin sekolah.
• Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual waktu pengawas.
• Membimbing dan membantu pengawas dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
• Menyediakan sijil penghargaan kepada pengawas.
• Menjadi penggerak utama aktiviti rasmi sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Jamuan
Akhir Tahun, Sambutan Hari Guru, dan perayaan-perayaan lain.
• Mengadakan mesyuarat agung, mesyuarat bulanan dan mesyuarat khas jika perlu.
• Bertindak sebagai pengerusi Majlis Penasihat dan kebajikan Pengawas.
• Membantu pihak sekolah memastikan hubungan antara guru dan murid terjalin dengan erat,
harmoni dan mesra.
49
78

