Page 201 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 201
IMPIAN
Sang suria bersinar cerah. “Kring-kring !” Ajang yang masih enak
berselimut bangun lalu mencapai tualanya. Setelah selesai memakai
pakaian seragam sekolah, Ajang menikmati sarapan yang
disediakan oleh ibunya. Ajang adalah seorang anak tunggal.
Ayahnya bekerja sebagai polis, manakala ibunya pula seorang suri
rumah.
“Ajang pergi dulu, mak, bapa.” ucapnya sambil menuju ke arah
basikalnya. Rumah Ajang terletak tidak jauh dari sekolah. Ajang
mengayuh basikalnya dengan laju kerana hari itu merupakan hari
pertamanya menyertai latihan kumpulan muzik tradisional di
sekolahnya. Dia berasa sangat teruja. Ajang merupakan murid
baharu di sekolah tersebut. Ajang juga membawa “sape’ mininya.
Sape’ merupakan alat muzik tradisional orang ulu yang bentuknya
hampir sama dengan gitar. Ajang mahir bermain sape’ atas tunjuk
ajar datuknya.
“Ingat Ajang, pelihara kebudayaan dan kesenian kita. Jangan
biarkan ianya hilang ditelan zaman,” pesan datuknya yang sentiasa
Ajang ingat sehingga kini.
“Selamat pagi, Ajang,” kata pengawal keselamatan di
sekolahnya. “Selamat pagi, pak cik.” balas Ajang dengan senyuman.
Walaupun baru sebulan di sekolah tersebut, Ajang sangat
terkenal dengan keramahannya. Ajang sentiasa ingat akan pesan
ayahnya iaitu sentiasa berbuat baik dengan orang lain. Maka,
Ajang sangat menghormati orang lain tidak kira siapa pun.
Ajang pandai bermain sape’. Dia juga berminat mempelajari
alat muzik tradisional yang lain seperti gendang dan seruling. Ahli
kumpulan muzik tradisional di sekolah Ajang terdiri daripada
pelbagai kaum. Rakan-rakanya gembira dengan kehadiran Ajang.
Mereka juga sangat teruja dengan alat muzik tradisional yang
dibawa oleh Ajang iaitu Sape’. Oleh kerana sekolah ini terletak di
kawasan bandar, mereka jarang melihat alat muzik Sape’ ini.
“Cantiknya, bolehkah kamu ajar saya , Ajang.” Kata Ahmad
kepada Ajang. “Boleh, tidak ada masalah.” balas Ajang. Ajang
berasa sangat seronok pada latihan pertamanya bersama rakan-
rakan yang lain.
’Selamat pagi murid-murid. Cikgu ada berita gembira’’. Ucap
Cikgu Malik, guru muzik di sekolah itu. “Wah, apakah berita gembira
itu cikgu?” tanya Ah Seng.
“Tidak lama lagi ada pertandingan muzik tradisional antara
sekolah. Cikgu mahu kita mula berlatih.” kata cikgu Malik.
169

