Page 204 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 204
SESAL
Andre mengerling ke arah jam yang bergantung di dinding
kelas. Pada masa itu, jam menunjukkan 10 minit lagi sebelum masa
rehat tiba. Lantas, Andre mencuit tangan Sanju yang sedang ralit
menulis nota di sebelahnya “ Sanju, jum kita keluar. Dah cukup masa
ni”, ajak Andre. Sanju menghentikan pergerakkannya lantas
mengerling ke arah jam juga. “ Ada 10 minit lagi ini, tak awal sangat
ke nak keluar sekarang?”, tanya Sanju kepada Andre kerana dia
merasakan terlalu awal untuk mereka keluar ke koperasi pada waktu
itu. Andre dan Sanju merupakan sahabat baik yang bertugas
menjaga koperasi di sekolah. “ Mana ada awal. Jum lah turun
sekarang. Dah lah kelas kita ni jauh dari koperasi. Nanti tak pasal-
pasal lambat. Kau tu dah lah lambat jalan”, jawab Andre penuh
beralasan. Sanju menjeling Andre saat dia mendengar ayat yang
terakhir yang diucapkkannya itu. “ Yalah, jum. Kau ni tak sah kalau
tak hina aku”, jawab Sanju dengan jelingan tajam. Andre tertawa
kecil melihat telatah Sanju lantas bangun meminta kebenaran
kepada Cikgu Ramzah untuk keluar ke koperasi.
Sewaktu mereka berdua sampai di koperasi, keadaan di dalam
bilik koperasi masih agak gelap. Sepertinya mereka berdua adalah
petugas yang terawal masuk ke koperasi. Andre berjalan ke
hadapan dan kemudian menjenguk bilik guru penjaga koperasi. Di
dalam bilik itu dia melihat Cikgu Amninah sedang ralit menghadap
komputer seperti sedang sibuk mengerjakan sesuatu perkara. Sanju
pula menghampiri suis elektrik untuk membuka lampu kerana
suasana di bilik koperasi itu agak gelap. Namun begitu, Andre
datang dari arah belakang dan menghalang Sanju daripada
membuka suis. Sanju mengerutkan dahinya lantas berkata,
“ Kenapa dengan kau ni ? Aku nak buka lampu lah.” ujar Sanju.
“ Jangan .. jangan buka dulu. Biar saja gelap macam ni”, kata
Andre separuh berbisik. Sanju kehairanan mendengar kata-kata
Andre itu lantas bertanya lagi , “ Kau nak buat apa ?”, kata Sanju
dalam nada yang separuh berbisik juga. Andre meninggalkan Sanju
yang kehairanan di situ lalu menuju ke arah kaunter pembayaran.
Andre mengambil duit RM50 yang berada di kaunter itu dan cepat-
cepat memasukkannya ke dalam kocek. Melihat perbuatan Andre
itu, Sanju berasa terkejut lalu menjerit dalam nada separuh berbisik,
“ Andre ! Apa kau buat ini ?”, ujar Sanju marah dengan perbuatan
Andre. Andre segera berlalu daripada bahagian kaunter
pembayaran tersebut. “ Jangan beritahu cikgu. Kau nak tak ? Kita
boleh bahagi dua ni”, kata Andre sambil menghampiri Sanju. Sanju
menolak tubuh Andre. Tidak sempat Sanju mengeluarkan kata-
katanya, mereka berdua mendengar bunyi pintu dibuka. Petugas-
petugas yang lain telah tiba. “ Hai Sanju, Andre”, tegur Sharifah.
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, mereka berdua kelihatan
172

