Page 205 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 205
tenang sahaja. “ Hai Ifah”, jawab Andre penuh mesra. Sanju yang
berada di tepi Andre hanya mampu tersenyum kerana di dalam
hatinya dia masih berasa sangat marah dan tidak menyangka
Andre berani berpelakuan seperti itu di depan matanya. Mereka
meneruskan tugas seperti biasa pada waktu rehat itu. Namun Sanju
tidak lagi melayan dan bercakap dengan Andre seperti biasa.
“ Kenapa kau diam saja ? Aku ada buat salah ke ?”, soal Andre
kepada Sanju tanpa rasa bersalah. Sanju memandang Andre lalu
berkata, “ Kau tanya aku ke sama ada kau ada buat salah ke tak ?
Kau curi duit koperasi tadi depan mata aku. Kau rasa itu bukan
perbuatan yang salah ke ?”, soal Sanju bertubi-tubi kepada Andre.
“ Koperasi tu banyak duit lah. Setakat aku curi RM50 tak akan jatuh
miskin punya”, jawab Andre selamba. “ Kau dah hilang akal ke
Andre ? Ini bukan soal koperasi kaya ataupun tidak. Ini adalah soal
kau curi duit tu. Kau mencuri. Kau tahu tak mencuri ni satu
perbuatan yang salah. Kau tak jujur dan amanah dengan
tanggungjawab yang kau pikul”, jelas Sanju. Sanju berasa sangat
kecewa dengan perbuatan Andre itu. “ Alaaa, bukannya cikgu tu
tau pun aku mencuri. Melainkan kau yang bagitau !”, tegas Andre
masih lagi dengan pendiriannya yang salah. Sanju hanya mampu
menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dengan
perbuatan Andre yang salah itu. “ Sepandai-pandai tupai
melompat akan jatuh ke tanah juga. Aku harap kau sedar dengan
perbuatan kau ni sebelum nasi jadi bubur”, kata Sanju penuh
bermakna lantas berlalu meninggalkan Andre sendirian di taman itu.
“ Cikgu tidak sangka kamu rupa-rupanya yang mencuri duit di
koperasi. Kamu tahu tak ini adalah satu perbuatan yang salah,
Andre. Kamu tidak memikul amanah yang cikgu berikan dengan
jujur dan baik.”, kata Cikgu Aminah dengan rasa kecewa. Cikgu
Aminah tidak menyangka bahawa murid yang dipercayainya
selama ini, telah memecah amanah sekaligus meruntuhkan
kepercayaannya. Andre hanya mampu menangis sahaja. Pada
waktu itu, terngiang-ngiang kata-kata Sanju kepadanya dahulu.
Perkara itu membuatkan airmata Andre mengalir dengan lebih
deras. Penyesalan dahulu dapatan, penyesalan kemudian tidak
berguna lagi. Andre dikenakan hukuman gantung sekolah selama
dua minggu kerana perbuatanya itu telah melanggar undang-
undang sekolah iaitu pecah amanah dan tidak jujur.
CONNYLIA PADA
173

