Page 202 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 202

Semua ahli kumpulan muzik berasa tidak sabar dan mula
                   merancang jadual latihan. Mereka semua sangat bersemangat.
                   Latihan dijalankan selama dua minggu. Namun, salah seorang ahli
                   kumpulan muzik ini, iaitu Raimi selalu tidak hadir latihan.
                       Selesai sahaja latihan, Ajang dan Ah seng berbasikal ke rumah
                   Raimi. Raimi sudah tiga hari tidak hadir latihan muzik di sekolah.
                       “Selamat petang, mak cik. Raimi ada?” tanya Ah seng kepada
                   ibu Raimi yang sedang menyiram pokok bunga. “Raimi tidak ada di
                   rumah. Dia keluar bermain bola” jawab ibu Raimi.

                        Keesokan harinya, Ajang dan Ah Seng menasihati Raimi untuk
                   turun latihan muzik kerana hari pertandingan hampir tiba. Raimi
                   meminta maaf dan berjanji untuk turun latihan.
                       Seminggu telah pun berlalu. Ajang sedang bersiap sedia untuk
                   ke latihan pertandingan alat muzik tradisonal di sekolah.
                       “Ajang, bawalah nasi lemak ini untuk kawan-kawan kamu,” kata
                   ibu Ajang. “Wah, terima kasih, mak!” ucap Ajang.

                       Sebelum    memulakan    latihan  pada    hari  tersebut,  rakan-
                   rakannya makan nasi lemak yang dibawa oleh Ajang. “Sedapnya,
                   pandai ibu awak masak”, kata salah seorang rakannya. Rakan-
                   rakannya juga mengucapkan terima kasih kepada Ajang.

                       Hari yang dinantikan pun tiba. Kumpulan muzik tradisonal
                   sekolahnya akan berangkat ke tempat pertandingan diadakan iaitu
                   di Dewan Besar Bandar. Ajang telah bersiap sedia untuk turun ke
                   sekolah. Pada hari itu, ibunya yang menghantar Ajang ke sekolah.

                        Setelah memastikan semua murid-muridnya hadir, Cikgu Malik
                   pun menyuruh murid memasuki bas. Ajang dan rakan-rakannya
                   beratur menaiki bas. Tiba-tiba, sebelum bas bertolak, Cikgu Malik
                   memanggil Ajang.

                       “Kenapa cikgu?” tanya Ajang. “Bapa kamu dibawa ke hospital.
                   Dia terlibat dalam kemalangan. Ibumu menyuruh kamu pulang
                   sekarang” Kata Cikgu Malik.
                       Ajang sangat terkejut. Rakan-rakan Ajang menyuruhnya pulang
                   dan tidak perlu risau akan pertandingan muzik tradisional ini. “Maaf
                   kawan-kawan”, kata Ajang. “Tidak mengapa, kami faham.” balas
                   rakan-rakannya.   Ajang   pun   terus  pulang  dan   membatalkan
                   hasratnya menyertai pertandingan muzik tradisional tersebut.
                       Ajang sangat bersyukur kerana kecederaan ayahnya tidak
                   terlalu serius. Ayahnya dibenarkan pulang setelah beberapa hari
                   ditahan di hospital.




                   170
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207