Page 206 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 206
BALASAN
Shasha merupakan seorang yang sangat suka berkebun
seperti ibu bapanya. Shasha merupakan anak seorang petani yang
rajin dan tinggal di Kampung Berangin, Baram. Setiap kali cuti
sekolah dan jika ada masa terluang Shasha akan pergi menolong
ibu dan bapanya di kebun sayur milik mereka sekeluarga. Selain itu,
Shasha juga telah menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di kebun
itu dengan sendirinya. Di samping itu, Shasha dan keluarganya
mempunyai haiwan ternakan seperti kambing, lembu, itik, ayam,
angsa serta banyak lagi. Semua haiwan ternakan ini ditempatkan
berhampiran dengan kebun mereka. Setiap petang Shasha akan
pergi menyiram sayur-sayuran yang ada di batas yang telah dibuat
olehnya serta memberi makan kepada haiwan ternakan mereka itu.
Pada suatu hari di kebun milik Shasha sekeluarga, Shasha
memberitahu ibunya, katanya “ Ibu, tengoklah pokok sayur Shasha
ni! Daunnya subur dan cantik. Pokok sayur saya pun sihat ibu! Dan
tidak dimakan oleh ulat dan serangga perosak lain.” Dia sangat
gembira dan seronok melihat hasil tanamannya sendiri. Shasha suka
berbakti kepada tanah dan mengutip hasil tanamannya.
“ Ya Shasha, sayur itu sangat cantik dan menarik. Sayur
Shasha haruslah dijaga dan dibaja supaya kekal cantik dan subur.”
ujar ibunya.
Pada sebelah petangnya pula ayah Shasha berjumpa dengannya
dan memberi biji benih untuk ditanam kepada Shasha.
“Ini benih sayur apa ayah ? “ Shasha bertanya kepada
ayahnya, sebab ingin tahu tentang biji benih tersebut.
Namun begitu, bapanya hanya membalas Shasha dengan
kata-kata begini “ Cuba tanam dahulu Shasha.” Kata bapanya.
Shasha kemudian menanam biji benih tersebut dan
menggembur tanah di sekeliling benih tersebut. Setiap hari, dia
menyiram biji benih itu. Akhirnya, biji benih itu bertunas. Tidak lama
kemudian, pokok itu bertumbuh dan melilit pagar. Semakin hari
semakin panjang pokok itu menjalar di atas pagar kebun
kepunyaan ibunya.
“ Ayah apakah jenis sayur ini?” ujar Shasha kepada ayahnya
sekali lagi.
“Tunggu sehingga pokok itu berbuah.” Balas bapanya balik.
Lama-kelamaan, pokok itu mengeluarkan banyak bunga. Shasha
berasa sangat hairan. Dia belum pernah melihat sayur yang
berbunga seperti itu, sebelum ini.
174

