Page 208 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 208
PETANI YANG BAIK
Di sebuah kampung tinggal seorang petani bersama dengan
isterinya. Kehidupan mereka sangat miskin, pakaian mereka sangat
lusuh dan rumah mereka hanya diperbuat daripada daun nipah
sahaja. Walaupun mereka hidup penuh dengan kekurangan dan
kemiskinan namun petani itu sangat bersyukur dengan apa yang
mereka miliki. Kehidupan mereka juga sangat sunyi kerana mereka
tidak mempunyai cahaya mata dan tidak mempunyai saudara
mara. Setiap hari, petani itu akan pergi sawah untuk menjenguk hasil
tanamannya. Manakala isterinya rajin menanam sayur di tepi rumah
untuk dijadikan lauk setiap hari. Mereka hanya mampu menikmati
hasil tanaman sendiri kerana tidak mampu untuk membeli daging
ayam di pasar.
Pada suatu hari, petani itu turun ke sawah seperti biasa. Ketika
sedang membersihkan rumput-rumput di sawah, petani terdengar
suara seseorang meminta tolong.
“Tolong! Tolong! Tolong!”
Petani itu berhenti membuat kerjanya berbicara dalam hatinya.
“Macam suara orang minta tolong.” Petani itu diam sejenak. “Eh,
tidaklah mana ada suara siapa-siapa, baik aku sambung kerja aku.”
Sekali lagi ada suara lebih keras.
“Tolong! Tolong! Ada sesiapa yang mendengar suara ku? Tolong
aku!” Setelah mendengar suara itu untuk kedua kalinya petani terus
meninggalkan cangkul dan kerja dan berbisik dalam hatinya.
“Eh suara orang betul-betul minta tolong ni, baik aku cari dari
mana arah suara ini.” Petani itu terus berlalu pergi dengan segera ke
arah suara itu datang kerana suara itu tidak jauh petani itu.
Rupa-rupanya disebalik semak dalam hutan itu seorang lelaki
muda sedang meraung kesakitan kerana kakinya tersepit oleh
sebatang pohon yang besar sehingga lelai muda itu tidak dapat
bergerak. Dengan segera petani itu pun berlari kearah pemuda itu
untuk membantunya.
“Anak muda aku akan menolong kamu dengan mengalihkan
pohon ini, kamu bertahan ya”. Petani itu pun berusaha mengalihkan
pohon itu dengan menolak batang itu sekuat hatinya. Akhirnya
pohon itu pun berjaya dialihkan oleh petani itu dan anak muda itu
pun terlepas.
Walau bagaimanapun, luka pada kaki lelaki muda itu sangat
parah sehingga sukar untuknya berjalan. Petani sangat kasian
melihat keadaan lelaki muda itu.
176

