Page 209 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 209
“Anak muda, aku akan membawa mu pulang ke rumahku dan
akan merawat mu. Setelah kakimu sembuh baru lah kamu pulang ke
tempatmu”.
Kemudian anak muda itu menolok. “Tidak mengapa pak cik,
aku boleh berjalan pulang sendiri”. Tidak lebih daripada tiga
langkah anak muda itu terjatuh pengsan. Kemudian, dengan hati
yang penuh kerisauan petani itupun membawanya pulang ke
rumah untuk merawatnya.
Sesampainya di rumah, si isteri petani sangat terkejut.
“Abang siapa lelaki muda ini? Apa yang telah berlaku
kepadanya?” Petani itu pun menjawab isterinya, “tolong rawat anak
muda ini, tadi ketika abang sedang membersihkan sawah abang
terdengar suaranya meminta tolong kerana kakinya tersepit dengan
sebatang pohon. Sekarang kita perlu tolong dia.” Isteri petani itu
menjawab,
“Baiklah abang. Saya ada simpan daun ubat luka yang sangat
berbisa yang saya gunakan untuk merawat luka abang dua minggu
lepas. Saya yakin ubat ini pasti dapat menyembuhkan luka anak
muda ini.”
Isteri petani itu segera mencuci luka kaki anak muda itu dan
meletakan daun ubat itu pada lukanya. Tidak lama kemudian anak
muda itu pun tersedar. Ketika anak muda itu sedar, isteri petani itu
segera memanggil suaminya. Petani itu terus mengajukan soalan
kepada anak muda itu, “apakah kamu sudah baik-baik sahaja?”
Anak muda itupun menjawab, “aku baik-baik sahaja pak cik.
Sekarang aku ingin pulang.” Petani itu bertanya.
“Di mana tempat tinggalmu? Pak cik akan menghantar kamu”.
Tidak usah pak cik, aku mampu pulang sendiri. Sebelum aku pergi,
aku ingin memberikan biji benih ini kepada pak cik. Pak cik tanam
dan jagalah pohon biji benih ini.
Setelah anak muda itu berlalu pergi, petani itu dan isterinya terus
menanam biji benih itu di tepi rumahnya. Keesokkan harinya,
mereka sangat terkejut apabila melihat biji benih yang ditanam
semalam sudah tumbuh besar dan berbuah, kerana terlalu gembira
petani itu terus mengambil sebiji buah itu lalu membukanya.
Alangkah terkejutnya petani itu apabila melihat isi buah tersebut
ialah emas-emas yang sangat berharga dan sangat banyak. Sejak
peristiwa itu, kehidupan petani dan isterinya menjadi kaya raya.
Walaubagaimanapun, mereka tidak sombong. Petani itu dan
isterinya suka memberi bantuan kepada orang miskin dan
memberikan duit kepada orang yang mengalami kesusahan.
177

