Page 222 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 222

AKU ANAK MISKIN

                          Suasana malam yang sunyi bertemankan cahaya lilin
                   memenuhi ruang tamu di sebuah rumah terpencil. Deruan angin
                   membisik kedinginan dan menyentuh dedaunan muda yang
                   tampak rapuh. Saat itu juga hujan mula turun membasahi bumi.
                          Adam meletakkan pensil warna yang digunakan sambil
                   tersenyum   puas   melihat   lukisan  doktor  yang   dihasilkannya.
                   Kemudian, Adam mengambil dan menampalkan lukisan tersebut di
                   dinding rumahnya yang telah usang.
                          “Besar nanti aku akan jadi doktor. Aku akan banggakan
                   emak dan adik kecilku” bisik Adam dalam hati sambil memejamkan
                   matanya yang belum lagi mahu terlelap. Adik perempuannya iaitu
                   Alya dan emaknya sudah lama dibuai mimpi yang menghanyutkan
                   mereka dalam kepekatan malam. Angin malam sesekali mendesah
                   di jendela kamarnya. Tiba-tiba Adam teringat perbualannya
                   bersama ayah dan ibunya seminggu yang lalu.       “Adam,       esok
                   pergi sekolah ye nak. Tak payahlah kamu pergi merayau-rayau di
                   kampung sebelah. Kacau orang-orang kampung sana. Mak selalu
                   terima aduan yang kamu suka cari gaduh dengan anak-anak
                   mereka” kata Mak Leha memecahkan kesunyian malam.
                          “Malas la mak! Adam malu pergi sekolah. Semua ejek Adam
                   budak miskin. Kalau kita kaya kan bagus. Mesti ramai yang nak
                   kawan dengan Adam. Ni semua salah mak dan ayah lah!” jerit
                   Adam dari luar rumah sambil bermain-main dengan kucing
                   kesayangannya.

                          “Adam, kamu jangan kurang ajar dengan mak kamu tu!
                   Disebabkan kita miskinlah kamu kena belajar bersungguh-sungguh.
                   Ubah nasib keluarga kita jadi lebih baik. Banggakan nama keluarga
                   kita” tegur ayah dengan nada yang lembut tetapi tegas.
                   Ayah diam seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya.

                          “Itulah harapan ayah sebelum ayah pergi nanti Adam. Ayah
                   makin uzur dam. Kamu sajalah harapan kami. Maafkan ayah kerana
                   tidak mampu memberikan kehidupan yang mewah kepada kamu
                   semua sehingga keluarga kita dihina, dicaci, dan dipulau oleh orang
                   kampung” pesan Pak Majid.
                          Tanpa sedar air mata Adam mengalir deras di pipi yang
                   menyedarkan dia dari lamunannya. Rupa-rupanya itulah perbualan
                   dan pesanan terakhir ayah sebelum dia pergi meninggalkan mereka
                   sekeluarga buat selama-lamanya.
                          Keluarga Adam memang sentiasa dipandang rendah dan
                   dihina oleh orang kampung serta rakan-rakannya di sekolah kerana


                   190
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227