Page 223 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 223

kehidupan mereka yang terlalu daif. Bagai jatuh ditimpa tangga
                   apabila mereka perlu menerima hakikat dengan kehilangan
                   ayahnya iaitu Pak Majid yang meninggal dunia akibat sakit jantung.
                   Justeru itu, ibunya Mak Leha terpaksa membanting tulang bagi
                   menampung perbelanjaan mereka dengan menoreh getah dan
                   bercucuk tanam di belakang rumah. Keadaan mereka ibarat kais
                   pagi makan pagi, kais petang makan petang.

                          Selepas kepergian ayahnya yang tercinta, Adam mula insaf.
                   Sikap Adam yang dahulunya nakal telah berubah menjadi lebih baik.
                   Adam sering membantu ibunya menjual tanaman mereka di pasar
                   minggu dan kadang-kadang Mak Leha juga mengambil upah kerja-
                   kerja  kampung     apabila   musim    tengkujuh   sebagai   sumber
                   pendapatan lain untuk menyara keluarga. Adam juga tidak lagi
                   ponteng sekolah kerana dia ingin mengabulkan permintaan terakhir
                   arwah ayah yang mahu dia berjaya dalam pelajaran. Oleh itu,
                   Adam bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengubah
                   kehidupan mereka yang miskin menjadi lebih baik.

                          Pada tahun ini, Adam akan menduduki peperiksaan UPSR
                   jadi dia sering menghabiskan waktu rehatnya di perpustakaan
                   dengan mengulang kaji pelajaran. Tambahan pula, dia tidak
                   mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin jadi Adam
                   sudah biasa ikat perut. Dia berazam untuk memperoleh keputusan
                   yang cemerlang dan masuk ke sekolah berasrama penuh serta
                   menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

                          Di sekolah, Adam sentiasa keseorangan kerana dirinya yang
                   serba kekurangan menyebabkan tidak ada yang mahu berteman
                   rapat dengan Adam. Walaubagaimanpun, sekiranya rakan-rakan
                   memerlukan bantuannya dalam pembelajaran, Adam pasti sedia
                   membantu. Dia juga sering menjadi bahan ejekan di dalam kelas
                   terutama Murad yang selalu mengejek Adam dengan gelaran
                   “budak miskin”. Kalau dulu Adam malu dengan latar belakang
                   keluarganya   yang   susah   tetapi kini kata-kata sindiran yang
                   dilemparkan kepadanya malah menjadi pembakar semangat untuk
                   dia terus belajar dan membuktikan bahawa orang miskin juga
                   mampu berjaya. Oleh itu, Adam hanya mendiamkan diri dan
                   bersabar kerana dia sudah lali dengan kata-kata cacian yang
                   diucapkan oleh Murad dan kawan-kawannya. Tiada sedikit pun api
                   dendam untuk mereka yang menghinanya.
                          Beberapa bulan telah pun berlalu dan peperiksaan UPSR
                   berbaki dua hari lagi. Seperti kebiasaannya Adam meghabiskan
                   waktu rehatnya untuk belajar di perpustakaan. Apabila loceng
                   berbunyi Adam bergegas kembali ke kelas sebelum terlambat. Tiba
                   sahaja di tempat duduknya, Adam terus bersandar pada kerusi dan
                   dia tidak perasan bahawa kerusinya dipenuhi dengan cat berwarna



                                                                                191
   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228