Page 10 - UNIT 2.5 PENGHASILAN TENAGA
P. 10
MEKANISMA AEROBIK
Mekanisme
Penghasilan ATP menerusi penguraian glikogen menerusi glikolisis aerobik adalah sama
dengan mekanisme glikolisis anaerobik. Aspek yang membezakan kedua-dua sistem ini
adalah hasil sampingan yang terhasil
Dalam glikolisis aerobik, asid piruvik tidak menjadi asid laktik, sebaliknya ditukar menjadi
asetil koenzim A (asetil KoA). Kehadiran oksigen akan menukarkan asid piruvik menjadi
asetil KoA
Bahan ini merangsang pembinaan ATP yang berlanjutan menerusi proses Kitaran Krebs.
Rajah 2.5.4 menunjukkan proses glikolisis aerobik dalam penghasilan ATP.
Proses penguraian glikogen untuk membina lebih banyak ATP berlaku secara berterusan
dengan adanya tindak balas asetil KoA menerusi sistem tenaga aerobik.

