Page 167 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 167
9.7 Isu kesihatan Berkaitan
Sistem Pencernaan dan
Tabiat Pemakanan
Pengubahsuaian organ pencernaan
Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat
di seluruh dunia. Walaupun obesiti boleh dikawal melalui
pengurusan diet dan program senaman rutin, namun kadang-
kala obesiti memerlukan rawatan perubatan. Doktor pakar
mungkin mencadangkan prosedur pembedahan tertentu untuk
duodenum
mengurangkan berat badan, misalnya pintasan gaster (Rajah 9.9).
Pintasan gaster melibatkan pengecilan saiz perut menggunakan
pelbagai kaedah pembedahan.
jejunum
Antara kesan sampingan jangka pendek pembedahan ini ialah
refluks asid, mual, muntah-muntah, esofagus mengembang,
tidak boleh makan beberapa jenis makanan dan risiko jangkitan.
kantung Kesan sampingan jangka panjang pula termasuklah pening-
gastrik pening, aras gula darah rendah, malnutrisi, ulser perut dan
masalah penyahtinjaan.
bahagian
perut BAB 9
yang telah Isu-isu kesihatan berkaitan
dipintas penyahtinjaan
jejunum
bahagian Kelas makanan yang paling penting dalam proses penyahtinjaan
duodenum ialah serat. Pengambilan diet dengan kandungan serat yang tinggi
yang telah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat memudahkan
dipintas
pergerakan tinja. Hal ini dapat mengelakkan masalah kesihatan
makanan seperti sembelit, kanser kolon, kanser rektum dan hemoroid.
jus pencernaan Antara fungsi serat ialah:
• merangsang peristalsis
RAJAH 9.9 Pintasan gaster • menyerap dan menyingkirkan bahan toksik
• mengawal atur penyerapan glukosa terutamanya bagi
pesakit diabetes melitus
• meningkatkan populasi bakteria berfaedah dalam
usus besar
Selain itu, pengambilan air yang banyak dapat memastikan tinja
sentiasa lembut dan mudah bergerak sepanjang usus besar
untuk membantu proses penyahtinjaan.
9.7.1 9.7.2 161

