Page 104 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 104
MODEL PENGAJARAN ASSURE
2 STATE LEARNING OBJECTIVES (NYATAKAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN)
• Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran adalah penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Objektif
pengajaran perlu menyatakan secara jelas dan khusus bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh murid.
• Objektif pengajaran terlihat penting kerana ia membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai.
Penentuan objektif juga membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan.
• Antara kriteria pernyataan objektif :
1. Siapakah yang hendak capai? – kumpulan sasaran
2. Apakah yang hendak dicapai?
3. Bagaimanakah hendak dicapai?
4. Apakah tahap pencapaian minimum?
a) Menjelaskan 2 kepentingan membina negara maju dan sejahtera.
b) Menjelaskan 3 petunjuk negara maju dan sejahtera.
c) Menghuraikan 3 langkah bagi membina negara maju dan sejahtera.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

