Page 103 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 103
MODEL PENGAJARAN ASSURE
1 ANALYSE LEARNERS (ANALISIS MURID)
• Ciri-ciri umum murid termasuk deskripsi tentang umur murid, kelas, jantina, taraf sosioekonomi, latar belakang dan
sebagainya. Ciri yang dinyatakan boleh dijadikan asas dalam pemilihan media. Guru perlu mengenal pasti ciri-ciri murid.
• Contohnya, bagi murid yang lemah dalam penggunaan bahasa, pembelajarannya dapat dibantu melalui penggunaan
gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.
• Contohnya bagi murid yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, guru boleh menggunakan satu aktiviti, tayangan
video, laporan akhbar dan sebagainya sebagai rangsangan untuk aktiviti berkumpulan atau analisis kajian.
• Contoh, murid yang kurang meminati pelajaran tersebut, guru perlu menyediakan aktiviti
kinestetik seperti drama, simulasi dan sebagainya
• Setiap murid membawa pengalaman dan pengetahuan tertentu ke dalam bilik darjah.
Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid melalui praujian sebelum
pembelajaran, sesi soal jawab dalam kelas dan sebagainya.
• Cara ini boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar murid di sekolah.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

