Page 108 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 108
MODEL PENGAJARAN ASSURE
6 EVALUATE / REVIEW (PENILAIAN / SEMAK SEMULA BAHAN)
• Ini merupakan langkah terakhir dalam Model Pengajaran Assure. Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan
keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran.
• Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif,
media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.
• Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
• Penilaian pembelajaran dibuat dalam dua bentuk iaitu formal dan tidak formal. Penilaian formal merujuk kepada ujian
manakala tidak formal dibuat melalui hasil kerja murid, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan dan pembentangan.
• Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah proses
pengajaran selesai melalui amalan refleksi.
• Penilaian pengajaran akan membuahkan idea untuk
penambahbaikan atau tindakan pembetulan bagi kaedah
pengajaran yang sesuai.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

