Page 128 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 128
KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas
antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997).
1 Proses pengajaran dan pembelajaran perlu disertakan dengan pelbagai kaedah pengajaran.
2 Kaedah pembelajaran ialah bagaimana murid belajar menggunakan kaedah yang pelbagai.
3 Kepelbagaian kaedah membantu murid memahami isi kandungan dengan jelas dan membantu menguatkan isi
pengetahuan yang sedia ada dan pengetahuan baharu.
4 Kaedah pengajaran melihat bagaimana kewibawaan guru dalam menyusun atur perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dengan penglibatan murid.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

