Page 209 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 209
TUMPUAN KANDUNGAN KURIKULUM
UNSUR JASMANI
• Aspek ini juga penting dengan aspek-aspek lain seperti aspek intelek, rohani dan emosi.
• Dalam sistem pendidikan negara ini, potensi murid daripada segi ini dipertingkatkan melalui usaha-usaha
memperkembangkan dan memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan diri, menggalakkan penggunaan masa lapang
secara berfaedah dan berkesan, menyediakan murid untuk menjalankan amalan-amalan praktik, membolehkan mereka
memperlohi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan memperolhi asas-asas kemahiran
vokasional.
UNSUR SOSIAL
• Unsur ini menjadi penting dalam sistem pendidikan negara kerana ia melibatkan usaha untuk memperkembangkan
kapasiti sosial para pelajar semaksimum yang mungkin.
• Dalam proses pembelajaran terutamanya, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar
yang menyediakan mereka peluang untuk membina kemahiran berinteraksi, berkomunikasi, bekerjasama dan bertolak
ansur.
• Di samping, murid juga mendapat peluang memperlihatkan kesetiaan kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

