Page 244 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 244
DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN
1 DOMAIN KOGNITIF
PENGETAHUAN
• Mewakili keupayaan mengingat, fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin,
1986).
• Aspek yang diutamakan pada peringkat ini adalah dari segi daya ingatan.
• Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan mengingat, maka mengingat adalah prasyarat
untuk menguasai tahap pemikiran yang lebih tinggi.
• Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus, misalnya berkait dengan istilah yang bentuk perkataan atau simbol.
Selain istilah, pengetahuan tentang perkaitan antara fakta tertentu seperti tokoh, peristiwa atau punca maklumat, juga
merupakan contoh aras pengetahuan.
• Misalnya, peristiwa penting dalam sejarah pada 13 Mei 1969 dan pembentukan Malaysia dalam tahun 1963.
• Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu, yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,
pengkelasan, teknik atau prosedur tertentu.
• Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip,
generalisasi, teori atau struktur.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

